Kajian ketoksikan insektisid Abamectin dan Chlorantraniliprole terhadap rama-rama belakang intan, plutella xylostella yang disampel dari kebun kobis, Kg. Mesilau, Kundasang, Sabah

Aisa Haris Pang (2014) Kajian ketoksikan insektisid Abamectin dan Chlorantraniliprole terhadap rama-rama belakang intan, plutella xylostella yang disampel dari kebun kobis, Kg. Mesilau, Kundasang, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kajian_ketoksikan_insektisid_Abamectin_dan.pdf

Download (15MB) | Preview

Abstract

Kajian ketoksikan bahan aktif insektisid Abamectin dan Chlorantraniliprole terhadap larva rama-rama belakang intan generasi F1, Plutella xylostella telah dilaksanakan selama empat bulan bermula pada Mei 2013 sehingga hujung bulan Ogos 2013. Kajian ini bermula dengan proses penanaman sayur kobis di rumah lindungan hujan. Seterusnya,persampelan larva rama-rama belakang intan dilaksanakan di kebun kobis Kg. Mesilau,K undasang. Pembiakan larva rama-rama belakang intan telah dilakukan di dalam makmal pada suhu terkawal 25 ±2 °C dan relatif kelembapan 60 hingga 70%. Data mortaliti telah direkodkan pada jam ke 24,48,72,96 dan 120. Analisa kajian mengunakan perisian PoLoPLus© menunjukkan bahawa nilai dos efektif bagi bahan aktif insektisid Abamectin ialah 49.575 ng/g dan bahan aktif insektisid Chlorantraniliprole ialah 2198.915n g/g. Hasil kajian menunjukkan nilai dos efektif yang diperolehi adalah dibawah paras dos yang disyorkan oleh pengilang insektisid adalah mampu membunuh 50% populasi perosak rama-rama belakang intan. Berdasarkan Ujian parallelism' menunjukkan tidak terdapat perbezaan bererti bagi hubungan mortaliti dalam probit dan log dos bahan aktif insektisid. Namun kecerunan pada graf probit menunjukkan Abamectin( rm=, 2.83±0.305) menunjukkan ketoksikan yang lebih tinggi jika bandingkan dengan Chlorantraniliprole (rm=, 2.086±0.26). Analisa mortaliti larva mengikut masa menunjukkan bahawa Abamectin mempunyai tindakbalas ketoksikan yang lebih pantas berbanding Chlorantraniliprole. Secara keseluruhan kajian, kedua-dua bahan aktif yang digunakan dalam kajian ini berkesan dalam mengawal populasi perosak rama-rama belakang intan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: insecticide, Abamectin, Chlorantraniliprole, diamondback moth, larvae, cultivation, cabbage
Subjects: S Agriculture > SF Animal culture
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Munira M
Date Deposited: 07 Jun 2017 14:30
Last Modified: 13 Oct 2017 09:56
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17018

Actions (login required)

View Item View Item