Pengenalpastian kepada faktor mobiliti pekerja asing di sektor perladangan: kajian di Mukah, Sarawak

Sufri Akbar Sukarno (2011) Pengenalpastian kepada faktor mobiliti pekerja asing di sektor perladangan: kajian di Mukah, Sarawak. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Pengenalpastian_kepada_faktor_mobiliti_pekerja.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Masalah mobiliti pekerja asing dari satu ladang ke ladang lain dalam sektor perladangan telah menjadi isu yang mula merungsingkan pelbagai pihak dalam sektor perladangan termasuk pihak berkuasa. Masalah ini juga telah dikaitkan dengan pelbagai isu sosial seperti jenayah dan pendatang tanpa izin (PTI). Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji faktor-faktor dan modus operandi mobiliti pekerja asing. Kajian yang telah dijalankan di Bahagian Mukah, Sarawak menggunakan kaedah temuduga bersemuka kepada para pekerja asing dengan menggunakan borang soal selidik. Kajian telah mendapati bahawa faktor-faktor utama yang menyumbang kepada mobiliti adalah isu gaji, pengaruh luar dan masalah kebajikan pekerja asing. Masalah gaji dan pengaruh luar mendapat peratusan tertinggi melebihi 90 peratus dan diikuti isu-isu kebajikan pekerja asing dengan respon melebihi 70 peratus. Masa pergerakan yang menjadi pilihan pekerja asing pula adalah semasa cuti perayaan. Pemahaman kepada faktor-faktor dan modus operandi ini penting untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah ini selain memahami persepsi dan kehendak pekerja aSing sendiri.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: foreign worker, plantation sector, social issues
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Munira M
Date Deposited: 07 Jun 2017 14:30
Last Modified: 13 Oct 2017 10:41
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17022

Actions (login required)

View Item View Item