Perbandingan pengurusan ladang ternakan kambing komersial, semi-komersial dan penternak kecil di daerah Sandakan

Ahmad Mubasyiri Abd Rahman (2014) Perbandingan pengurusan ladang ternakan kambing komersial, semi-komersial dan penternak kecil di daerah Sandakan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Perbandingan_pengurusan_ladang_ternakan_kambing.pdf

Download (13MB) | Preview

Abstract

Kambing merupakan haiwan yang mula-mula dijinakkan dan memainkan peranan yang penting dalam sejarah. Kegiatan penternakan kambing merupakan salah satu aktiviti pertanian yang utama di Malaysia. Penternakan kambing dilakukan secara intensif dan ekstensif untuk membekalkan daging, hasil tenusu dan kulit yang berkualiti. Objektif kajian adalah untuk mengetahui latar belakang atau maklumat demografi dan sosicr ekonomi para penternak kambing yang terlibat dalam kajian di Daerah Sandakan; serta mengenal pasti perbandingan pengurusan temakan kambing diantara pentemak dan mengenalpasti segmentasi antara latar belakang pentemak terhadap faktor-faktor penglibatan. Data telah dikumpulkan melalui lawatan ladang ke ladang ternakan kambing di sekitar daerah ini. Data yang telah dikumpulkan dianalisis menggunakan statistik deskriptif, dan statistik inferensi menerusi pelisian SPSS versi 21.0. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan dari segi pengurusan ternakan kambing seperti sumber makanan ternakan, sistem minuman, sistem makanan, sistem pengurusan dan perlaksanaan kawanan ternakan. Dari segi faktor penglibatan pula, dri-ciri latar belakang seperti jantina, pendapatan, pekerjaan dan status mempunyai hubungan segmentasi diantara satu sarna lain. Di antara ciri-ciri segmentasi dalam Kluster 1 adalah lelaki, penjawat awam, pemiagaan, pendapatan kurang dari RM 10000 dan bujang. Secara keseluruhan, pengurusan ladang ternakan kambing memerlukan pengurusan yang baik bagi menghasilkan pengeluaran yang bermutu serta memerlukan penglibatan yang lebih kerap diantara penternak dengan ternakan kambing mereka bagi mengenalpasti setiap masalah dan cara untuk mengatasinya

Item Type: Academic Exercise
Keyword: goat farming, demographic, socio-economic, farmer
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Munira M
Date Deposited: 07 Jun 2017 14:30
Last Modified: 13 Oct 2017 10:50
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17030

Actions (login required)

View Item View Item