Pengendalian ladang kontrak roselle: satu kajian kes di daerah Batu Pahat, Mersing dan Rompin

Noor Siti Salbiah Shabudin (2014) Pengendalian ladang kontrak roselle: satu kajian kes di daerah Batu Pahat, Mersing dan Rompin. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Pengendalian_ladang_kontrak_roselle.pdf

Download (13MB) | Preview

Abstract

Tanaman roselle merupakan salah satu tanaman agak baru yang diperkenalkan di Malaysia, dan berpotensi untuk menjadi salah satu tanaman herba yang mampu berkembang menjadi salah satu industri terpenting di Malaysia dan menyumbang pendapatan kepada negara. Tanaman ini telah diterima sebagai tanaman yang dibangunkan dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3). Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui latar belakang demografik peserta Projek Ladang Kontrak Tanaman Roselle di Daerah Batu Pahat, Mersing dan Rompin; Untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi peserta terlibat dengan Projek Ladang Kontrak Tanaman Roselle di daerah-daerah tersebut; dan untuk mengetahui ciri-ciri demografik peserta Projek Ladang Kontrak Tanaman Roselle berdasarkan faktor-faktor yang mendorong peserta terlibat dalam Projek Ladang Kontrak Tanaman Roselle di terse but. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah Statistik Deskritif. Seramai S3 orang responden telah disoal selidik melalui persampelan secara rawak. Hasil kajian mendapati terdapat 3 faktor utama yang menyebabkan peserta terlibat dalam Projek Ladang Kontrak Roselle di ketiga-tiga daerah iaitu faktor usahawan, sokongan dan motivasi. Seterusnya melalui ujian analisis kluster terdapat empat kluster ciri-ciri demografik peserta projek berdasarkan faktor-faktor yang mendorong peserta terlibat dalam Projek Ladang Kontrak Roselle. Secara keseluruhan, kajian mendapati projek mempunyai masa depan yang cerah terus maju pada masa akan datang dan perlaksanaan mempunyai prestasi yang baik.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Roselle, herb, demographic background, contract farming
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Munira M
Date Deposited: 07 Jun 2017 14:31
Last Modified: 13 Oct 2017 10:56
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17040

Actions (login required)

View Item View Item