Keutamaan dan kekangan dalam pengurusan tanaman sawit yang dihadapi oleh pekebun kecil sawit di daerah Pitas, Sabah

Norun Bunawau (2012) Keutamaan dan kekangan dalam pengurusan tanaman sawit yang dihadapi oleh pekebun kecil sawit di daerah Pitas, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
keutamaan_dan_kekangan_dalam_pengurusan_tanaman_sawit.pdf

Download (879kB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan di tiga buah kampung yang terletak dalam Zon Satu, Daerah Pitas. Lokasi kajian dipilih melalui saranan pihak Jabatan Pertanian memandangkan ketiga-tiga kampung tersebut mempunyai pekebun keeil yang paling ramai dan aktif. Seramai 35 orang pekebun keeil yang merupakan jumlah keseluruhan pekebun keeil di lokasi kajian telah terlibat dengan kajian ini. Objektif utama kajian adalah untuk mengetahui keutamaan dan kekangan yang dihadapi oleh pekebun kecil sawit di daerah ini dalam pengurusan tanaman sawit serta hubungannya dengan maklumat latar belakang pekebun kecil sawit. Kajian ini dilakukan kerana belum ada kajian serupa yang dilaksanakan di daerah ini dan hasil kajian berperanan penting terhadap pembangunan program bantuan untuk meningkatkan produktiviti tanaman pekebun kecil. Kajian menggunakan kaedah tinjauan keratin rentas. Pengumpulan data untuk kajian ini adalah melalui pengedaran borang kaji selidik kepada 35 orang pekebun keeil sawit dan data yang telah diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi menerusi perisian SPSS versi 20. Kajian menunjukkan bahawa walaupun tahap keutamaan pekebun kecil terhadap aspek-aspek yang perlu diutamakan hampir sama tetapi dapat disimpulkan bahawa aspek yang paling menjadi keutamaan mereka adalah, sumber untuk mendapatkan benih sawit berkualiti, sumber kewangan untuk menambahkan keluasan tanaman, peningkatan taraf kemudahan infrastruktur, sumber untuk mendapatkan input pertanian dan akses terhadap tanah. Bagi aspek kekangan pula, hasil kajian menunjukkan bahawa aspek masalah pemilikan tanah, hasil sawit yang rendah, kurang sokongan dari kerajaan, gaji pekerja yang tinggi dan kurang akses terhadap mesin dan peralatan berada di lima kedudukan teratas. Aspek-aspek ini dipersetujui oleh mereka sebagai penghalang utama jika dibandingkan dengan aspek lain yang telah disenaraikan. Dari segi hubungan, terdapat hubungan bererti antara aspek-aspek keutamaan dan umur tetapi tidak ada hubungan bererti antara umur dan aspek-aspek kekangan. Bagi aspek kekangan, kajian mendapati hanya pengalaman pekebun keeil yang mempunyai hubungan bererti dengan kekangan yang dihadapi oleh pekebun keeil dalam pengurusan tanaman sawit.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Oil palm, Elaeis guineensis, Kendalls tau
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 09 Jun 2017 14:06
Last Modified: 13 Oct 2017 15:42
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17084

Actions (login required)

View Item View Item