Kajian tentang populasi moluska (siput dan lintah bulan) di ladang sayuran cruciferae (brokoli dan kubis bunga), Kundasang,Sabah

Siti Sakinah Abdullah (2011) Kajian tentang populasi moluska (siput dan lintah bulan) di ladang sayuran cruciferae (brokoli dan kubis bunga), Kundasang,Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kajian_tentang_populasi_moluska.pdf

Download (12MB) | Preview

Abstract

Siput dan lintah bulan merupakan perosak tanaman Cruciferae. Walau bagaimanapun, kajian tentang populasi siput dan lintah bulan pada tanaman Cruciferae masih belum dikaji. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan bagi mengkaji saiz populasi Motuska serta membandingkan populasi haiwan ini pada tanaman brokoli dan kubis bunga. Kajian ini telah dijalankan selama lima hari berturutturut dari 10 Disember sehingga 14 Disember 2010 pada tanaman Cruciferae di Kundasang, Ranau. Sebanyak lima kuadrat bersaiz 1 m x 1 m masing-masing pada tanaman brokoli dan kubis bunga telah dipasang di lapangan secara rawak. Moluska berkenaan disampel dalam kuadrat tersebut dengan menggunakan tangan. Sebanyak 875 Moluska telah dikutip dalam kajian ini. Didapati, populasi siput adatah lebih tinggi (N= 847) berbanding lintah bulan (N= 28). Terdapat perbezaan bererti di antara populasi siput dan lintah bulan pada tanaman Cruciferae, yang dikaji. Populasi Moluska pada kubis bunga adalah 108 manakala pada brokoli adalah 66. Bagaimanapun, analisis statistik menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang bererti antara populasi Moluska yang terdapat pada dua tanaman tersebut. Memandangkan populasi Moluska di ladang sayuran Cruciferae yang dikaji adalah tinggi, terdapat kemungkinan kerosakan dua sayuran yang dikaji adalah disebabkan oleh haiwan ini. Dengan itu, kajian lanjut perlu dijalankan untuk membuktikan pendapat ini.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Snail, slug, Crucifer vegetable farm, population, broccoli, cauliflower
Subjects: S Agriculture > SF Animal culture
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Munira M
Date Deposited: 05 Jul 2017 09:56
Last Modified: 16 Oct 2017 12:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17384

Actions (login required)

View Item View Item