Kesan aplikasi biochar hampas padi ke atas pertumbuhan dan hasil bendi (Abelmoschus esculentus L. Moench)

Yusrina Mohd Yamin (2012) Kesan aplikasi biochar hampas padi ke atas pertumbuhan dan hasil bendi (Abelmoschus esculentus L. Moench). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kesan_aplikasi_biochar_hampas_padi_ke_atas.pdf

Download (13MB) | Preview

Abstract

Satu kajian telah dilakukan ke atas bendi (Abelmoschus esculentus L. Moench) varieti B505 (Kacang Bendi Taiwan) dengan memberikan rawatan beberapa cara aplikasi dan kadar biochar yang berbeza. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kesan aplikasi biochar hampas padi ke atas pertumbuhan dan hasil tuaian bendi, perkembangan akar bendi dan pH tanah. Kajian telah dijalankan di rumah penaung hujan di Sekolah Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kampus Sandakan dari pada September 2012 sehingga November 2012. Dua faktor yang telah dikaji dalam eksperimen ini iaitu cara aplikasi biochar (atas permukaan tanah dan mencampur ke dalam tanah) pada beberapa kadar biochar (0, 5, 10 dan 20 tan per hektar) yang digunakan. Berdasarkan keputusan kajian, cara aplikasi mencampur biochar ke dalam tanah menunjukkan perbezaan yang nyata bagi pertumbuhan dan pH tanah. Manakala kadar aplikasi biochar, 10 dan 20 tan per hektar biochar menunjukkan perbezaan yang nyata (p<0.05) bagi pertumbuhan, perkembangan bendi dan pH tanah. Bagi keputusan interaksi antara kedua faktor yang dikaji, hanya ketinggian pokok (38.90sm), berat basah daun bendi (8.40g) dan pH tanah (pH 8.26) yang mempunyai perbezaan yang nyata (p<0.05). Berdasarkan keputusan kajian, aktiviti menabur biochar ke atas permukaan tanah dengan kadar 5 tan biochar per hektar memberi unjuran hasil yang tinggi sebanyak 7.45 tan per hektar berbanding tanpa kadar kawalan dalam penanaman bendi. Daripada kajian ini, petani digalakkan menggunakan 5 tan per hektar biochar yang bukan sahaja memberikan hasil yang tinggi (7.45 tan per hektar) malah memperbaiki kualiti tanah dalam jangka masa yang lama dan menjimatkan kos input.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: okra, rate of biochar, rice husk, root development, soil pH
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Munira M
Date Deposited: 05 Jul 2017 09:56
Last Modified: 16 Oct 2017 12:15
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17386

Actions (login required)

View Item View Item