Penilaian tahap pengetahuan dalam penanaman getah ke atas para pekebun kecil getah di daerah Kecil Sook, Keningau, Sabah

Hasirah Tahir (2012) Penilaian tahap pengetahuan dalam penanaman getah ke atas para pekebun kecil getah di daerah Kecil Sook, Keningau, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Penilaian_tahap_pengetahuan_dalam_penanaman_getah_ke.pdf

Download (13MB) | Preview

Abstract

Tanaman getah kekal sebagai komponen terpenting dalam ekonomi negara terhadap sumbangannya kepada pendapatan eksport dan juga pendapatan kasar produk domestik. Pengeluaran getah asli negara adalah dimonopoli oleh pekebun kecil. Objektif kajian ini adalah 1) untuk mengetahui latar belakang para pekebun keeil getah di tiga buah kampung terpilih di Daerah Keeil Soak, Keningau 2) untuk mengenalpasti tahap pengetahuan para pekebun kecil getah terbabit dalam aspek-aspek penanaman getah, dan 3) untuk mengenalpasti hubungan antara latar belakang para pekebun kecil getah dengan tahap pengetahuan mereka dalam aspek-aspek penanaman getah. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan deskritif. Sebanyak 101 orang responden telah dipilih melalui teknik persampelan rawak secara sistematik. Tahap pengetahuan responden dari tingkat tertinggi ke tingkat terendah adalah 1) aspek penanaman (82.6%), 2) pemprosesan getah (81.1%), 3) kawalan rumpai (73.5%), 4) penanaman tanaman sampingan dan penutup bumi (72.7%), 5) teknik menoreh «72.6%) 6) penghasilan bahan tanaman (67.5%), 7) penggunaan perangsang lateks (62.0%), 8) pembajaan (58.6%), dan 9) kawalan penyakit (58.2%). Hasil keputusan juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif dan bererti diantara tahap pendidikan, pengalaman dan juga jumlah hari menoreh dalam sebulan para responden dengan tahap pengetahuan mereka. Manakala umur, saiz kebun dan juga pendapatan menunjukkan tiada perbezaan yang bererti dengan tahap pengetahuan mereka dalam penanaman getah. Secara keseluruhanya, dapat diringkaskan bahawa tahap pengetahuan para pekebun kecil getah di kawasan kajian adalah pada tahap sederhana kepada tahap yang tinggi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: rubber smallholders, level of knowledge, rubber cultivation, descriptive survey
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Munira M
Date Deposited: 21 Jun 2017 11:58
Last Modified: 16 Oct 2017 12:19
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17391

Actions (login required)

View Item View Item