Kesan media penanaman terhadap pertumbuhan dan hasil tanaman cili, Capsiccum annum l. secara fertigasi

Mohd Bahauddin Zubir (2011) Kesan media penanaman terhadap pertumbuhan dan hasil tanaman cili, Capsiccum annum l. secara fertigasi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kesan_media_penanaman_terhadap_pertumbuhan.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan untuk mengenalpasti kesan media penanaman terhadap pertumbuhan dan hasil tanaman cili yang menggunakan sistem fertigasi. Kajian dijalankan selama 13 minggu di Makmal Ladang, Sekolah Pertanian Lestari. Terdapat sepuluh rawatan yang digunakan dan setiap rawatan mempunyai lima replikasi. Media yang digunakan adalah sabut kelapa, sekam padi bakar dan sekam padi tidak bakar dalam pelbagai kombinasi mengikut nisbah 50%:50%, 60%:40%, 70%:30%, 33.33%:33.33%:33.33% dan juga 100% sebagai kawalan. Parameter pertumbuhan yang dikaji adalah ketinggian tanaman danbilangan daun manakala untuk parameter hasil, aspek yang dikaji adalah berat basah dan kering buah cili, bilangan buah cili segar dan panjang buah. Hasil kajian menunjukkan bahawa Rawatan 2 (100% sekam padi bakar) memberi kesan yang lebih baik ke atas ketinggian bagi pokok cili iaitu purata ketinggian 34.00 cm dan menghasilkan buah terbanyak iaitu purata 24.40 biji per pokok. Rawatan 6(70% sekam padi bakar + 30% sabut kelapa) memberikan keputusan terbaik dari segi purata bilangan daun pada minggu 4 dengan purata 46.40 helai daun(ANAVA Satu-Hala: F=4.34, df=9,40, P<0.00). Rawatan 4 (50% habuk sabut kelapa + 50% sekam padi bakar) memberikan baeaan purata berat buah/biji yang paling tinggi iaitu 16.55 g/ biji (ANAVA Satu-Hala: F=10.76, df=9,40, P<0.00). Rawatan 6 (30% habuk sabut kelapa + 70% sekam padi bakar) pula memberikan bacaan purata be rat kering buah/biji sebanyak 2.15 g/biji. Secara keseluruhan, media yang memberikan kesan yang terbaik adalah campuran Rawatan 4 (50% sekam padi bakar + 50% sabut kelapa) dan Rawatan 6 (70% sekam padi bakar + 30% sabut kelapa). Berdasarkan kepada hasil kajian ini, eampuran media sekam padi bakar dan sabut kelapa adalah media yang paling sesuai atau terbaik untuk digunakan sebagai media penanaman dalam penanaman cili menggunakan sistem fertigasi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: planting medium, chilli planted, drip system
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Munira M
Date Deposited: 15 Jun 2017 11:45
Last Modified: 16 Oct 2017 14:37
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17403

Actions (login required)

View Item View Item