Sejarah awal dan kemajuan suku Idahan di Lahad Datu (1896 sehingga 1940)

Jusman Aman Setia (2007) Sejarah awal dan kemajuan suku Idahan di Lahad Datu (1896 sehingga 1940). Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Sejarah awal dan kemajuan suku Idahan.pdf

Download (15MB) | Preview

Abstract

Kajian ini cuba menjelaskan tentang sejarah suku Idahan di lahad Datu dan tahun 1896 sehingga 1940. Tumpuan kajian lebih berkisar kepada peranan, perubahan dan perkembangan yang berlaku terhadap suku Idahan dan aspek pentadbiran, ekonomi dan sosio budaya semasa era pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Dari segi pentadbiran, kajian ini melihat peranan para pemimpin sebelum dan selepas kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Sebelum Syarikat Berpiagam Borneo Utara mengambil alih pemerintahan di lahad Datu, para pemimpin berkuasa penuh di kampung atau daerah mereka. Selepas lahad Datu menjadi pusat pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara pada tahun 1896, pihak syarikat berpiagam telah memperbaiki lagi sistem pentadbiran, dengan memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada para pemimpin dengan melibatkan mereka dalam pentadbiran bukan sahaja di peringkat kampung dan daerah malah dalam pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Dalam aspek ekonomi, suku Idahan sudah menerima hakikat perubahan yang beriaku dengan melibatkan diri mereka sebagal pekerja dan untuk menjalankan aktiviti yang semakin moden lagi. Keadaan ini beriaku disebabkan beberapa dasar dan peraturan baru yang dilperkenalkan oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Begitu juga dalam aspek sosial suku Idahan sudah mengalami perubahan ekoran datangnya orang luar dari kawasan Teluk Darvel. Selain itu, mereka mendapat kebaikan dengan penyediaan kemudahan asas seperti sistem perhubungan dan hospital yang dlbina oleh pihak syarikat berpiagam. Walaupun begitu, suku ini masih lagi mengekalkan sosiobudaya mereka yang telah diamalkan sejak dari zaman nenek moyang mereka. Kesimpulan daripada kajian ini membuktikan bahawa suku Idahan ini memang memainkan peranan dan membantu pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara di lahad Datu. Penglibatan suku ini dalam pentadbiran di lahad Datu berlaku justeru kerana pihak syarikat berpiagam memahami bahawa dengan kerjasama suku ini, maka mereka dapat mencapai matlamat mereka iaitu untuk mengekploitasi hasil bumi dl lahad Datu.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Idahan, Lahad Datu, history
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 20 Nov 2017 10:16
Last Modified: 20 Nov 2017 10:16
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17506

Actions (login required)

View Item View Item