Persepsi ketua panitia mata pelajaran terhadap program perkembangan staf di sekolah menengah Daerah Tamparuli

Joniwod Goduis (2004) Persepsi ketua panitia mata pelajaran terhadap program perkembangan staf di sekolah menengah Daerah Tamparuli. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Persepsi ketua panitia mata pelajaran.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Program Perkembangan Staf (PPS) masih kurang dilaksanakan di sekolah. Adakah persepsi Ketua Panitia Mata Pelajaran (KPMP) terhadap PPS mempengaruhi kelancaran petaksanaan PPS di sekolah? Kajian ini bertujuan menjawab persoalan di atas di sekolah-sekolah menengah di Daerah Tamparuli, Sabah. Model kerangka konseptual kajian ini adalah bertandaskan kepada anggapan bahawa pelaksanaan PPS yang efektif bergantung kepada empat faktor iaitu: keperluan PPS; sokongan sumber manusia; proses pengendalian dan kemudahan bahan, tempat dan masa. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklum balas daripada sampel kajian yang terdiri daripada 52 orang KPMP sekolah menengah di Daerah Tamparuli, Sabah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa KPMP mempunyai persepsi yang positif terhadap PPS. Bagaimanapun, mereka masih kurang berpuas hati dengan pelaksanaan PPS setakat ini. KPMP kurang yakin untuk mengendalikan PPS dan melakukannya dengan rasa terpaksa. KPMP berpersepsi bahawa pihak pengurusan sekolah kurang menyokong pengendalian PPS. KPMP berasa tidak perlu mengambil kira keperluan guru semasa merangka PPS, namun aktiviti PPS perlu dibincangkan semasa mesyuarat panitia. Kebanyakan KPMP berpandangan bahawa masa pengendalian PPS pada masa kini kurang sesuai. Bagaimanapun KPMP berperdapat PPS dapat meningkatkan pengetahuan guru dan guru dapat mempraktikkannya semasa menjalankan tugas sebagai guru. KPMP juga berpendapat ahli panitia mempunyai pandangan yang tinggi kepada PPS. Dapatan kajian juga mendapati tidak wujud hubungan linear yang signifikan di antara persepsi KPMP dengan kadar pelaksanaan PPS. tidak terdapat juga perbezaan yang signifikan di antara persepsi KPMP terhadap PPS berdasarkan tempoh memegang jawatan sebagai KPMP dan jantina. Bagaimanapun terdapat perbezaan yang signifikan di antara persepsi KPMP temadap PPS berdasarkan tempoh perkhidmatan. Melalui kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan untuk meningkatkan lagi pelaksanaan PPS. Di antaranya ialah pihak pengurusan sekolah harus memberi sokongan kepada PPS dengan menyediakan kemudahan bahan, fizikal serta kewangan, dan Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan perlu memperuntukkan I Professional Days' kepada sekolah untuk mengendalikan PPS.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: problem statement, secondary schools, Tamparuli District
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 20 Nov 2017 10:16
Last Modified: 20 Nov 2017 10:16
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17508

Actions (login required)

View Item View Item