Hubungan antara pencapaian domain kognitif sains dengan pencapaian sains mengikut jantina: satu analisis TIMSS 2011

Erlyanah Murillah (2014) Hubungan antara pencapaian domain kognitif sains dengan pencapaian sains mengikut jantina: satu analisis TIMSS 2011. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Hubungan antara pencapaian domain kognitif.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara pencapaian domain kognitif sains dengan pencapaian sains berdasarkan jantina pelajar yang berada di Gred 8 di Malaysia dan Singapura. Disamping itu juga kajian ini dibuat untuk membuat perbandingan pencapaian sains serta domain kognitif sains berdasarkan jantina di kedua-dua negara tersebut. Keputusan pencapaian sains dan pencapaian domain kognitif sains bagi kajian ini adalah berdasarkan data TIMSS 2011. Seramai 5733 orang pelajar Malaysia yang terdiri daripada 2809 orang pelajar lelaki dan 2924 orang pelajar perempuan manakala seramai 5927 orang pelajar Singapura yang terdiri daripada 3023 orang pelajar lelaki dan 2904 orang pelajar perempuan yang mengambil bahagian dalam penilaian TIMSS 2011. Data TIMSS 2011 dianalisis dengan menggunakan perisian lEA-IDB Analyzer versi 3.1.11 dengan menggunakan kaedah deskriptif, korelasi dan regrasi. Melalui analisis data, dapatan kajian menunjukkan bahawa pencapaian sains serta pencapaian domain kognitif sains bagi pelajar-pelajar di Singapura adalah lebih tinggi berbanding Malaysia. Selain itu juga terdapat perbezaan yang signifikan dalam kedua-dua pencapaian tersebut berdasarkan jantina. Kajian ini juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang positif tetapi sangat lemah antara kedua-dua pencapaian tersebut dan tidak mempengaruhi prestasi antara satu sama lain. Diakhir kajian ini, terdapat beberapa cadangan untuk membantu meningkatkan pencapaian sains dan pencapaian domain kognitif sains dikalangan pelajar.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: cognitive domains, science achievement, gender, Malaysia, Singapore, student
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 20 Nov 2017 10:16
Last Modified: 20 Nov 2017 10:16
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17514

Actions (login required)

View Item View Item