Geologi am dan potensi air bawah tanah menggunakan kaedah geofizik di Kayu Madang, Telipok

Muhammad Falah Zahri (2014) Geologi am dan potensi air bawah tanah menggunakan kaedah geofizik di Kayu Madang, Telipok. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Geologi am dan potensi air bawah tanah menggunakan kaedah geofizik .pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

"Kawasan kajian dengan keluasan 100 Km2, terletak pada garis bujur 116° OTT hingga 116° 13' T dan garis lintang 06°04' U hingga 06°08' U. Objektif kajian ini ialah mengemaskini peta geologi kawasan kajian, mengkaji geologi am dan geormofologi kawasan kajian serta mengkaji potensi pencemaran air bawah tanah dengan menggunakan kaedah keberintangan. Kawasan kajian merupakan Formasi Crocker yang berusian Eosen Akhir hingga Miosen Awal yang terdiri daripada empat jenis unit batuan iaitu batu pasir tebal, selang lapis batu pasir dengan syal, syal kelabu dan syal merah. Struktur yang menunjukkan kawasan kajian mengalami canggaan dari arah Tenggara- Barat Laut. Kaedah keberintangan elektrik digunakan untuk menentukan potensi pencemaran air bawah tanah di kawasan kajian. Peralatan yang digunakan adalah ABEM Terrameter LS dengan menggunakan kaedah pengimejan 2D terdadap 5 garisan survei dengan susun atur Schlumberger. Data yang diperolehi kemudian dianalisis menggunakan perisian RES2DINV. Hasil dari tafsiran garisan survei 1,2,3, 4 dan 5 yang dapat disimpulkan adalah pada keberintangan 97 - 938 Omh-m ditafsirkan sebagai batu pasir, 12.2 - 97 Omh-m ditafsirkan sebagai syal dan 0.33 - 51 Omh-m ditafsirkan sebagai paya. Paras air bawah tanah dapat ditemui pada kedalaman 0.5 -3 meter. Tiada pencemaran air bawah tanah di kawasan kajian yang dapat ditafsirkan daripada 5 garisan survei."

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Atitudes, geology , geomorphology
Subjects: Q Science > QH Natural history
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 20 Nov 2017 10:04
Last Modified: 20 Nov 2017 10:04
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17599

Actions (login required)

View Item View Item