Pengaruh status sosio-ekonomi dan penglibatan ibu bapa terhadap pencapaian matematik sekolah rendah: kajian di lima buah sekolah di zon 1 daerah Tambunan

Carnelia Rasin@ Antonia Rosin (2012) Pengaruh status sosio-ekonomi dan penglibatan ibu bapa terhadap pencapaian matematik sekolah rendah: kajian di lima buah sekolah di zon 1 daerah Tambunan. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Pengaruh status sosio-ekonomi.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap sosio ekonomi ibubapa dan tahap penglibatan ibubapa di rumah dengan pencapaian akademik pelajar sekolah rendah bantuan penuh kerajaan di kawasan Zon 1 Daerah Tambunan. Seramai 100 orang pelajar terlibat di dalam kajian ini. Sosio ekonomi ibubapa diukur dari aspek pendapatan, pekerjaan, perbincangan, penyeliaan dan komunikasi ibubapa di rumah. Pencapaian akademik pelajar merujuk kepada keputusan peperiksaan penggal kedua. Kajian ini menggunakan soalselidik sebagai instrument kajian dengan kesahan dan kebolehpercayaan ialah 0.912 (Nilai pekali kebolehpercayaana lpha). Data-datak ajian dikumpul dan dianalisis menggunakan 'Stalisticai Package For Social Science" (SPSS). Hasil kajian mendapati tahap sosio ekonomi ibubapa ialah (min=1.53) iaitu sederhana manakala tahap penglibatan ibubapa di rumah ialah (min=3.28) iaitu sederhana. Terdapat hubungan yang signifikan antara SSE dengan pencapaian matapelajaran Matematik pelajar (r=436, p=000, p<0.01). Terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan ibubapa dengan pencapaian matapelajaran Matematik pelajar iaitu (r=395, p=000, p<0.01). Penemuan kajian ini mendapati status sosio ekonomi dan penglibatan ibubapa merupakan faktor penting yang berkaitan dengan pencapaian akademik. Tumpuan harus diberikan kepada penglibatan ibubapa di rumah secara khusus

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Student Information System (SIS) and Pupil Database Applications (PDA), Student Data Management, secondary schools, simple random sampling technique
Subjects: L Education > LC Special aspects of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 23 Nov 2017 13:14
Last Modified: 23 Nov 2017 13:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17611

Actions (login required)

View Item View Item