Kesan penggunaan perisian cerita interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran kefahaman bacaan Bahasa Malaysia tahun dua

Malani Peter Limpas (2013) Kesan penggunaan perisian cerita interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran kefahaman bacaan Bahasa Malaysia tahun dua. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Kesan penggunaan perisian.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan penggunaan perisian kursus cerita interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran kefahaman bacaan murid-mund tahun dua berpencapaian sederhana. Kajian juga meninjau persepsi murid terhadap perisian kursus cerita interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran kefahaman Bahasa Malaysia. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen. Sejumlah 50 orang menjadi sampel kajian dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan ekspenmen (25 orang pelajar) menggunakan perisian kursus cerita interaktif dan kumpulan kawalan (25 orang pelajar) menggunakan kaedah pengajaran tradisional. Satu set soalan ujian pra bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia berkenaan tajuk-tajuk "Titisan air, "Musang yang bijak; 'Arnab menakutkan harimau ; dan 'Ibu ayam yang degil; telah diberi kepada kedua-dua kumpulan tersebut sebelum mengikuti sesi pembelajaran bertujuan untuk menentukan pengetahuan sedia ada mereka. Selepas kedua-dua kumpulan ini mengikuti sesi pembelajaran mengikut kaedah yang ditetapkan, murid-mund diberi satu set soalan ujian pasca sebagai ujian pencapaian. Soal selidik dibenkan kepada kumpulan eksperimen untuk meninjau persepsi penggunaan perisian kursus cerita interaktif. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan ujian-t sampel tak bersandar untuk memastikan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan bagi min pencapaian kefahaman, morfologi dan sintaksis antara kumpulan eksperimen dan kawalan dalam ujian pra dan pasca. Analisis ujian-t menunjukkan penggunaan perisian cerita interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran kefahaman bacaan menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi min pencapaian kefahaman( t = 4.790, p<. 05), morfologi (t = 7.489, p<. 05) dan sintaksis (t = 4.289, p<. 05). Mund juga amat bersetuju penggunaan perisian kursus cerita interaktif menarik dalam pembelajaran Bahasa Malaysia dengan purata persetujuan 82.2 %.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: interactive story software, teaching and learning, reading comprehension, Bahasa Malaysia, primary schools
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 23 Nov 2017 13:14
Last Modified: 23 Nov 2017 13:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17628

Actions (login required)

View Item View Item