Sejarah kepimpinan Huguan siou dalam masyarakat Kadazandusun

Ceroliza Matin (2016) Sejarah kepimpinan Huguan siou dalam masyarakat Kadazandusun. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
sejarah kepimpinan Huguan siou dalam masyarakat kadazandudun.pdf

Download (875kB) | Preview

Abstract

Tesis ini bertujuan untuk membincangkan sejarah kepemimpinan Huguan Siou (Paramount Leadel) dalam masyarakat Kadazandusun (1950-2011). Berdasarkan kepada sejarah, ianya menunjukkan bahawa kepemimpinan Huguan Siou telah wujud sekian lama dalam konteks sistem pentadblran tradisional masyarakat Kadazandusun. Dalam sistem politik Kesukuan masyarakat Kadazandusun, terdapat beberapa institusi seperti Orang Tua, Majlis Kampung terdiri daripada Ketua-ketua Kampung, Huguan Siou dan Bobolian yang sangat penting dalam sistem pentadbiran Ini. Semasa di bawah pemerintahan BNBCC, sistem pentadbirannya menyerapkan sistem pentadbiran tradisional ke dal am pentadbiran peribumi yang di bentuk semula. Namun pentadbiran Ini telah memansuhkan kepemimpinan Huguan Siou dan peranan Huguan Siou telah dihapuskan sepenuhnya menjelang tahun 1917. Menjelang kemerdekaan, status dan gelaran Huguan Siou diwujudkan bagi tujuan perpaduan dan politik. Walau bagaimanapun, era pasca merdeka memperlihatkan kedudukan Huguan Siou menimbulkan pelbagai perspektif. Manakala dalam aspek politik, penglibatan Huguan Siou tidak sepatutnya berlaku kerana tindakan Inl mengundang kekellruan dalam memahaml sejarah kepemimpinan Huguan Siou. Justeru itu, Huguan Siou hanya relevan dalam konteks kebudayaan masyarakat Kadazandusun. Pendekatan kualitatif telah digunakan untuk menjelaskan data berasaskan sumber primer, sumber sekunder dan sumber Iisan. Hasil kajian ini penting untuk memahami sejarah kepemimpinan Huguan Siou.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Paramount leader, traditional Kadazandusun, culture, Sabah ethnic
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 06 Dec 2017 13:43
Last Modified: 06 Dec 2017 13:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17675

Actions (login required)

View Item View Item