Program latihan mengajar kursus Diploma Perguruan Malaysia di Maktab Perguruan Kent: satu tinjauan tentang kesan perlaksanaan program

Mansor Md Desa (2004) Program latihan mengajar kursus Diploma Perguruan Malaysia di Maktab Perguruan Kent: satu tinjauan tentang kesan perlaksanaan program. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Program latihan mengajar kursus Diploma.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan mendapatkan maklum balas kesan perlaksanaan program latihan mengajar Fasa II yang dikendalikan oleh Maktab Perguruan Kent, Tuaran Sabah dari persepsi guru pelatih, pensyarah dan guru pembimbing. Aspek- aspek yang dilihat adalah aspek kesan program, pengaplikasian teori clan amali serta manfaat latihan tersebut. Di samping itu, kajian ini turut mencadangkan beberapa langkah penambahbaikan program latihan mengajar berdasarkan Model CIPP (penilaian produk). Responden yang terlibat seramai 130 orang guru pelatih yang telah tamat menjalani program latihan mengajar Fasa II, 30 orang pensyarah clan 20 orang guru pembimbing. Data-data diperolehi melalui dua set borang soal selidik iaitu borang soal selidik set A untuk guru pelatih dan borang soal selidik set B untuk pensyarah clan guru pembimbing. Kaedah statistik deskriptif seperti min, kekerapan, peratusan clan sisihan piawai digunakan untuk penganalisaan data. Secara umumnya tahap kesan perlaksanaan program latihan mengajar Fasa II mengikut persepsi kedua-dua kategori responden adalah berkesan berdasarkan skor min guru pelatih yang tinggi iaitu 3.49 dan skor min pensyarah dan guru pembimbing ialah 3.21. Dapatan kajian ini juga menunjukkan penempatan guru pelatih telah mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran, berdasarkan skor min guru pelatih 2.74 clan skor min pensyarah serta guru pembimbing 2.10. Walaupun tahap kesan program latihan mengajar Fasa II secara menyeluruhnya adalah berkesan, penyelidik yakin bahawa prestasi guru pelatih, pensyarah dan guru pembimbing masih boleh ditingkatkan lagi jika langkah-langkah penambahbaikan dapat dirancang dan dilaksanakan dalam program latihan mengajar Fasa II di masa akan datang, terutamanya dari aspek tempoh latihan mengajar, aspek refleksi kendiri guru pelatih, pengurusan ko-kurikulum dan kursus mentoring kepada guru pembimbing. Dapatan ini adalah satu kajian awal dan perlu dipertingkatkan lagi melalui kajian lanjutan untuk memberikan satu dapatan lebih menyeluruh.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: feedback, effectiveness, teaching practice programme, Kent Teachers' Training College
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 30 Nov 2017 14:14
Last Modified: 30 Nov 2017 14:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17702

Actions (login required)

View Item View Item