Taburan semut daun sarap di beberapa altitud ketinggian di Gunung Kinabalu dan perbezaan komuniti semut selepas 19 tahun

Lee, Zi Shang (2015) Taburan semut daun sarap di beberapa altitud ketinggian di Gunung Kinabalu dan perbezaan komuniti semut selepas 19 tahun. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Taburan semut daun sarap.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Kepelbagaian semut daun sarap dalam hutan primer yang beraltitud berlainan (560 m, 800 m, 1130 m, 1360 m, 2025 m, 2300 m, 2600 m d. a. I. ) di Gunung Kinabalu telah dikaji dengan menggunakan perangkap lubang. Sebanyak 2185 individu semut yang terdiri daripada 137 morfospesies daripada 46 genera dan 10 subfamili telah direkodkan. Indeks kepelbagaian menunjukkan bahawa kawasan rendah (560 m, 800 m, 1130 m, 1360 m) mempunyai kepelbagaian semut yang lebih tinggi berbanding kawasan tinggi (2025 m, 2300 m, 2600 m). Kesamaan dalam komposisi spesies semut antara altitud juga agak rendah (Ss =0 to 0.27) dalam kajian ini. Kepelbagaian semut berkurang secara signifikan dengan peningkatan altitud. Penurunan dalam kepelbagaian semut sama ada dari segi kekayaan spesies ataupun kelimpahan sepanjang altitud ketinggian adalah dipengaruhi oleh altitud. Walaubagaimanapun, ketebalan daun sarap tidak mempengaruhi kepelbagaian semut. Ini boleh dijelaskan dengan suhu yang rendah dan kelembapan yang tinggi pada altitud tinggi. Melalui perbanding data yang dikumpul oleh Bruhl et al. pada 1999 yang menjalankan kajian pada tempat yang sama, didapati telah berlakunya pemindahan komuniti semut ke altitud yang lebih tinggi selepas 19 tahun. Hasil ini menunjukkan kemungkinan telah berlaku perubahan iklim di Gunung Kinabalu selepas 19 tahun.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: ants, diversity, altitude,. Mount Kinabalu, shift of ant communities
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General)
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 06 Dec 2017 13:50
Last Modified: 06 Dec 2017 13:50
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17739

Actions (login required)

View Item View Item