Aplikasi model penilaian prestasi e-perbankan runcit sebagai instrumen kewangan pengguna Malaysia

Shairil Izwan Taasim (2016) Aplikasi model penilaian prestasi e-perbankan runcit sebagai instrumen kewangan pengguna Malaysia. UNSPECIFIED thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Aplikasi model penilaian prestasi.pdf

Download (17MB) | Preview

Abstract

Objektif utama kajian adalah mengaplikasi model penilaian teknologi dengan melibatkan aspek permintaan dan penawaran di dalam satu model prestasi ekonomi. Model akan menjadi input dalam mengenalpasti faktor perkembangan di dalam pembangunan e-perbankan runcit Malaysia. Sampel kajian yang dipilih secara rawak di ibu negeri dan bandar utama di Malaysia yang mempunyai kepadatan tinggi melalui kaedah persampelan convenience. Responden dinilai menggunakan soal selidik yang dibangunkan daripada asas Model UTAUT dengan membentuk konstruk yang melibatkan tahap kualiti, kemahiran, kos transaksi, peranan penyedia perkhidmatan (bank) dan pengaruh persekitaraan. Bagi melihatkan prestasi secara menyeluruh, kajian juga menilai tahap perbezaan pengguna mengikut lokasi terhadap e-perbankan dengan membentuk persampelan Muster iaitu membahagikan responden kepada dua bahagian iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Kajian membentuk dua analisis pengesahan soal selidik iaitu Model Pengukuran Rasch (RMT) dan Pengesahan Faktor Analisis (CFA). Kaedah ini bagi mempelbagaikan analisis hujahan statistik untuk memberi kesahan dan kebolehpercayaan yang baik ke atas soal selidik dengan melibatkan pengujian corak pola item dan responden. Kajian juga membandingkan pengujian soal selidik di antara RMT dan CFA yang bertujuan meningkatkan tahap kebolehpercayaan data kajian. Hasil analisis menyingkirkan dua item dalam konstruk kajian yang gagal diterima oleh teori Rasch dan CFA disebabkan tidak memenuhi tahap keperluan minimum. Data selepas penyingkiran dianalisis bagi membentuk lintasan di dalam SEM menggunakan AMOS v22. Kajian berjaya menerima empat hipotesis (H3, H6, H7, dan H8) daripada 8 yang diuji. Model mengesahkan bahawa konstruk kos transaksi daripada penyedia perkhidmatan memberi kesan yang signifikan kepada faktor penilaian prestasi perbankan runcit mudah alih secara keseluruhan kajian. Dapatan kajian turut memperolehi kos merupakan konstruk signifikan yang sama bagi dua lokasi kajian yang berbeza. Namun kajian mendapati, bahagian sudut pengguna bagi model Sabah dan Sarawak Indikator kemahiran pengguna memberi kesan yang signifikan. Secara keseluruhannya, model kajian menerangkan variance (81%) dalam penilaian prestasi e-perbankan runcit dikalangan responden. Kajian ini mempunyai sumbangan teori dan praktial penting dalam menyediakan model teori yang menerangkan penilaian teknologi e-perbankan runcit di Malaysia. Oleh itu, ianya mampu menerangkan tahap prestasi sedia ada pengguna Malaysia dad segi kekurangan dan kekuatan yang dimiliki untuk ke arah pembangunan dan perancangan e-kewangan di dalam masyarakat berinovasi.

Item Type: Thesis (UNSPECIFIED)
Keyword: technology assessment, supply and demand, model, retail e-banking
Subjects: H Social Sciences > HB Economic theory. Demography
Department: FACULTY > Faculty of Business, Economics and Accounting
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 29 Dec 2017 06:36
Last Modified: 29 Dec 2017 06:36
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17871

Actions (login required)

View Item View Item