Kesan pra rawatan dan media rendaman terhadap percambahan dan pertumbuhan biji benih pokok petal belalang

Mahazan Mansor (2016) Kesan pra rawatan dan media rendaman terhadap percambahan dan pertumbuhan biji benih pokok petal belalang. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kesan pra rawatan dan media rendaman terhadap percambahan dan pertumbuhan biji benih pokok petal belalang.pdf

Download (922kB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan di dua tempat berbeza iaitu di Makmal Umum 4 bagi proses percambahan biji benih dan di rumah lindungan hujan berhampiran dengan Pejabat Ladang Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah, Kampus Sandakan bagi proses pertumbuhan biji benih. Kajian inl dijalankan bagi mengkaji kesan pra rawatan dan media rendaman terhadap percambahan dan pertumbuhan biji benih pokok petai belalang. Dalam kajian ini, biji benih di rawat menggunakan pra rawatan air panas 70° C selama 20 minit, pra rawatan gosokan kertas pasir serta biji benih tanpa pra rawatan sebagai kawalan kajian. Kemudian pra rawatan yang menunjukkan hasil percambahan terbaik telah dipilih untuk digunakan dalam kajian kesan media rendaman. Pra rawatan yang dipilih untuk digunakan adalah pra rawatan gosokan kertas pasir. Tiga media rendaman telah digunakan iaitu air paip sebagai kawalan, air kelapa muda serta air kelapa tua. Keberkesanan jenis pra rawatan dan media rendaman telah di perhatikan berdasarkan parameter bilangan dan peratusan biji benih bercambah serta ketinggian pokok selepas biji benih bercambah. Penilaian tersebut menunjukkan bahawa biji benih yang dirawat menggunakan pra rawatan gosokan kertas pasir memberikan kesan tertinggi terhadap bilangan serta peratusan percambahan biji benih berbanding pra rawatan yang lain. Manakala, media rendaman air kelapa muda pula menunjukkan bilangan percambahan biji benih tertinggl selepas 15 han. Ia juga memberikan kesan kepada ketinggian biji benih selepas bercambah berbanding media rendaman yang lain.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: L.leucocephala trees , seedlings, coconut water
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 08 Feb 2018 13:58
Last Modified: 08 Feb 2018 13:58
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18616

Actions (login required)

View Item View Item