Hubungan penilaian prestasi dengan komitmen kerja dan motivasi guru

Susie Evangela @ Doivit (2013) Hubungan penilaian prestasi dengan komitmen kerja dan motivasi guru. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Hubungan penilaian prestasi dengan komitmen.pdf

Download (13MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara penilaian prestasi dengan komitmen kerja dan motivasi guru di sekolah menengah di daerah Kota Kinabalu. Sebanyak enam buah sekolah yang terlibat dalam kajian in!. Sampel kajian terdiri daripada 248 orang guru. Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif dengan menggunakan reka bentuk tinjauan. Data kajian dikutip melalui soal selidik yang mengandungi 40 item. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) for Windows Versi 18.0. Dapatan dilaporkan dalam bentuk statistik deskriptif seperti kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai dan statistik inferensi seperti Ujian-t, ANOVA satu hala dan Korelasi Pearson-r. Keputusan Ujian-t yang dilakukan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara penilaian prestasi berdasarkan jantina. Analisis ANOVA satu hala pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam penilaian prestasi berdasarkan jawatan dan tempoh perkhidmatan. Manakala Ujian Korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan sederhana antara penilaian prestasi dengan komitmen kerja dan terdapat hubungan yang signifikan dan kuat antara penilaian prestasi dengan motivasi guru. Kajian ini juga membentangkan beberapa cadangan kepada penggubal dasar, pengetua, dan pentadbir sekolah untuk menambahbaik pengurusan penilaian prestasi bagi membantu guru-guru untuk lebih komited dan bermotivasi dalam tugas ke arah kecemerlangan organisasi pendidikan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: performance evaluation, job commitment, motivation, teachers, secondary schools
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 09 Feb 2018 14:59
Last Modified: 09 Feb 2018 14:59
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18695

Actions (login required)

View Item View Item