Hubungan antara gaya pembelajaran dengan motivasi dalam kalangan pelajar tingkatan 6 (prauniversiti) sekitar daerah Tawau

Junaidi Tolin (2013) Hubungan antara gaya pembelajaran dengan motivasi dalam kalangan pelajar tingkatan 6 (prauniversiti) sekitar daerah Tawau. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Hubungan antara gaya pembelajaran.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Kajian ini mengkaji hubungan antara gaya pembeiajaran pelajar dengan motivasi. Kajian ini melibatkan seramai 270 orang responden yang terdiri daripada 119 orang lelaki dan 151 orang perempuan pelajar lingkatan 6 (prauniversiti), sekitar daerah Tawau, Sabah. Statistik deskriptif iaitu peratusan, min dan sisihan piawai digunakan untuk analisis taburan. Manakala statistik inferensi iaitu analisis korelasi" pearson, digunakan untuk menunjukkan hubungan pembolehubah gaya pembelajaran pelajar dengan motivasi. Kajian ini berbentuk deskriptif dan menggunakan instrumen soal selidik dengan skala likert lima mata bagi mengukur tiga kategori gaya pembelajaran dan skala empat mata bagi mengukur motivasi pelajar. Tiga kategorl gaya pembelajaran oleh model VAK adalah kategori visual, auditori dan kinestetik. Dua aspek motivasi pelajar adalah intrinsik dan ekstrinsik. Nilai pekali Alpha Cronbach untuk kajian ini adalah 0.922. Dapatan kajian mendapati gaya pembelajaran bagi kategori auditors (skor min 3.90, SP = 0.879) adalah gaya pembelajaran yang paling dominan diamalkan oleh responden kajian. Kategori yang kedua adalah gaya pembelajaran kategori kinestetik (skor min 3.84, SP = 0.869), diikuti ketiga ialah gaya pembelajaran kategori visual (min 3.48, SP = 0.978). Hasil ujian korelasi menunjukkan bahawa terdapatnya hubungan yang siginifikan, antara gaya pembelajaran pelajar dengan motivasi s( r = 0.270, p=0.000) pada aras signifikan a =0.05.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: teachers' role, remedial, challenges, source of motivation
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 09 Feb 2018 15:00
Last Modified: 09 Feb 2018 15:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18704

Actions (login required)

View Item View Item