Keberkesanan pengajaran berbantukan multimedia terhadap pencapaian Matematik di kalangan murid-murid pemulihan khas

Ismail Hassan (2013) Keberkesanan pengajaran berbantukan multimedia terhadap pencapaian Matematik di kalangan murid-murid pemulihan khas. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Keberkesanan pengajaran.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pengajaran berbantukan multimedia terhadap pencapaian Matematik di kalangan murid-murid Pemulihan Khas. Kajian menggunakan kaedah kuantitatif dan data kajian dianalisis menggunakan ujian-T satu sampel dan ujian-T sampel berpasangan melalui perisian 'Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 16.0. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan min skor markah ujian pra yang signifikan bagi tajuk operasi tolak dalam kumpulan rawatan dan kawalan. Kajian juga mendapati terdapat perbezaan min skor markah ujian pasca yang signifikan bagi tajuk operasi tolak dalam kumpulan rawatan dan kawalan. Kemudian, kajian mendapati terdapat perbezaan min skor markah ujian pra dan ujian pasca yang signifikan bagi operasi tajuk tolak dalam kumpulan rawatan. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan skor min markah ujian pra dan ujian pasca yang signifikan bagi tajuk operasi tolak dalam kumpulan kawalan. Cadangan kajian untuk penambahbaikan juga disertakan bersama untuk rujukan pengkaji pada masa akan datang.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: multimedia, teaching, remedial class pupils, mathematic
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 09 Feb 2018 15:00
Last Modified: 09 Feb 2018 15:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18721

Actions (login required)

View Item View Item