Hubungan sikap dengan pencapaian akademik pelajar program Diploma Sistem Maklumat tahun akhir di Kolej Yayasan Sabah cawangan Kepayan

Steven Charles Albert (2013) Hubungan sikap dengan pencapaian akademik pelajar program Diploma Sistem Maklumat tahun akhir di Kolej Yayasan Sabah cawangan Kepayan. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Hubungan sikap dengan.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kajian ini mengkaji hubungan sikap (komitmen, emosi dan berwawasan) dengan pencapaian akademik pelajar Diploma Sistem Maklumat Tahun Akhir di KYS, Cawangan Kepayan. Kajian ini melibatkan 92 responden yang terdiri daripada 28 pelajar lelaki dan 64 pelajar perempuan. Kajian ini berbentuk korelasi dan menggunakanin strumen soal selidik dengan skala Likert bagi mengukurs ikap dari tiga aspek. Tiga aspek dalam soal selidik ialah emosi, komitmen serta berwawasan. Nilai pekali Alpha Cronbach untuk kajian ini adalah 0.784. Dapatan kajian mendapati sikap dari ketiga-tiga aspek tersebut mencatatkan nilai min melebihi 3.5 iaitu komitmen dengan nilai min 3.97, sikap emosi dengan nilai min 4.22 serta sikap berwawasan dengan nilai minnya 4.00. Keseluruhannya, pelajar KYS mempunyai sikap komitmen, emosi serta berwawasan yang baik terhadap pembelajaran. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan pencapaian akademik di antara pelajar perempuan dan lelaki DKM KYS. Kajian juga telah menemui bahawa sikap komitmen dan berwawasan mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik pelajar DKM, tetapi sebaliknya bagi sikap emosi. Di samping itu, dikemukakan juga cadangan kajian untuk meningkatkan lagi pencapaian akademik pelajar DKM KYS.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: commitment, emotional, visionary, academic achievement
Subjects: L Education > LC Special aspects of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 09 Feb 2018 15:00
Last Modified: 09 Feb 2018 15:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18729

Actions (login required)

View Item View Item