Pengaruh perancangan, pelaksanaan dan penilaian mesyuarat terhadap keberkesanan mesyuarat di sekolah menengah di daerah Tawau

Mohd Hussin Musa (2008) Pengaruh perancangan, pelaksanaan dan penilaian mesyuarat terhadap keberkesanan mesyuarat di sekolah menengah di daerah Tawau. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Pengaruh perancangan.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk : 1) Menentukan sama ada wujud perbezaan dalam persepsi terhadap keberkesanan mesyuarat berdasarkan jantina, pengalaman mengajar dan taraf akademik dalam kalangan guru-guru, 2) Menentukan sama ada wujud hubungan antara perancangan, pelaksanaan dan penilaian mesyuarat dengan keberkesanan mesyuarat, dan 3) Menentukan pengaruh perancangan, pelaksanaan dan penilaian mesyuarat terhadap keberkesanan mesyuarat Seramai 173 sampel yang terdiri dari guru-guru sekolah menengah di daerah Tawau, Sabah mengambil bahagian dalam kajian ini. Instrumen kajlan diu bah sual dan diadaptasi daripada instrumen pengurusan mesyuarat oleh pengetua yang direkabentuk oleh Hayadi (1997). Pengumpulan data kajian dilakukan menggunakan Instrumen soal selidik. Dalam rnelakukan pengujian hlpotesis kajian, Ujian t,ANOVA sehala, korelasi Pearson's r dan regresi pelbagai dlgunakan. Kaedah statistik seperti frekuensi, peratusan dan min turut digunakan dalam kajian ini. Aras signlfikan untuk menguji hipotesis lalah 5% atau p<0.05. Keputusan kajlan menunjukkan bahawa : 1) Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi terhadap keberkesanan mesyuarat berdasarkan jantina guru, 2) Terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi terhadap keberkesanan mesyuarat berdasarkan pengalaman mengajar guru, 3) Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi terhadap keberkesanan mesyuarat berdasarkan taraf akademik guru, 4) Terdapat hubungan yang signifikan antara perancangan, pelaksanaan dan penilaian mesyuarat terhadap keberkesanan mesyuarat, dan 5), Terdapat pengaruh perancangan, pelaksanaan dan penilaian mesyuarat terhadap keberkesanan mesyuarat Dicadangkan pihak sekolah membuat penilaian dalam proses penambahbaikan pengurusan mesyuarat agar ia menjadi suatu titik permulaan dalam merangka dan merancang program sekolah dengan lebih berkesan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: perception, meeting effectiveness, gender, teaching experience, academic level, teacher, secondary school
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 09 Feb 2018 15:00
Last Modified: 09 Feb 2018 15:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18753

Actions (login required)

View Item View Item