Kajian kandungan fitokimia dan aktiviti antimikrob Melastoma Malabathricum di Sabah

Nor Farahida Asngari (2016) Kajian kandungan fitokimia dan aktiviti antimikrob Melastoma Malabathricum di Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kajian kandungan fitokimia dan aktiviti antimikrob Melastoma Malabathricum di Sabah.pdf

Download (809kB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan di Makmal Tahun Akhir Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah, Sandakan yang telah mengambil masa selama 5 bulan bermula jun 2015 hingga Oktober 2015 untuk mengkaji mengenai kesan perbezaan lokasi persampelan daun Melastoma malabathricum daripada tiga lokasi terpilih di sekitar Sabah iaitu Keningau, Ranau dan Sandakan terhadap kandungan fitokimia dan aktiviti antimikrob. Rawatan-rawatan dipilih menggunakan reka bentuk rawak lengkap (CRD) dengan tiga replikasi. Data yang telah diperolehi dianalisis dengan menggunakan ANOVA sehala clengan keertian 5%. Keputusan bagi analisis kandungan komIX>un fitokimia flavonoid dan fenolik adalah ekstrak metanol daun Melastoma malabathricum yang disampel daripada Sandakan mengandungi jumlah kompun fitokimia flavonoid dan fenolik yang tinggi berbanding jumlah kandungan kompoun fltokimia flavonoid dan fenolik di dalam ekstrak metanol daun Melastoma malabathricum yang disampel daripada Keningau dan Ranau. Bagi analisis aktiviti antimikrob pula, ekstrak metanol daun Melastoma malabathrium yang disampel daripada Keningau menunjukkan keupayaan yang tertinggi dalam melawan bakteria Escherichia co/~ Bacillus cereus, Salmonella typhii dan Staphylococcus aureus.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Phytochemical , Sabah , antimicrobial
Subjects: Q Science > QD Chemistry
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 18 Feb 2018 19:54
Last Modified: 18 Feb 2018 19:54
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18833

Actions (login required)

View Item View Item