Hubungan beban tugas guru dengan kualiti pengajaran guru sekolah menengah di daerah Sandakan

Ahadia Soaibah (2013) Hubungan beban tugas guru dengan kualiti pengajaran guru sekolah menengah di daerah Sandakan. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Hubungan beban tugas guru dengan kualiti.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Fokus utama kajian adalah untuk mengenal pasti beban tugas guru terhadap kualiti pengajaran guru sekolah menengah di daerah Sandakan. Beban tugas guru yang dilihat adalah dari sudut perkeranian, kurikulum dan kokurikulum. Seramai 175 orang guru daripada lima buah sekolah menengah dipilih sebagai responden. Data soal selidik dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi menerusi program SPSS Versi 20.0. Ujian-ujian yang digunakan untuk menyokong hipotesis-hipotesis ialah Ujian-t dan korelasi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara beban tugas perkeranian, kurikulum dan kokurikulum mengikut faktor jantina guru. Hasil ujian-t skor min beban tugas guru lelaki ialah 4.106 (perkeranian), 4.047 (kurikulum) dan 4.287 (kokurikulum). Manakala beban tugas guru perempuan ialah 3.850 (perkeranian), 3.773 (kurikulum) dan 3.812 (kokurikulum). IN menunjukkan guru Ielaki mempunyai skor beban tugas yang lebih tinggi berbanding guru perempuan. Seterusnya, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara beban tugas perkeranian, kurikulum dan kokurikulum mengikut faktor umur, status perkahwinan, pengalaman mengajar dan kelulusan tertinggi guru. Hasil kajian juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang lemah dan sederhana antara aspek-aspek beban tugas perkeranian, kurikulum dan kokurikulum terhadap kualiti pengajaran. Kelemahan-kelemahany ang ada dalam kajian dikenalpasti dan beberapa cadangan diberikan untuk mengatasi segala kelemahan yang ada. Cadangan yang dikemukakan diharap dapat membantu semua pihak khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia melihat faktor-faktor yang harus diambil kira agar dapat mengurangkan beban tugas guru yang semakin bertambah pada masa kini.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: workload, teachers, quality of teaching, secondary school
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 27 Feb 2018 15:58
Last Modified: 27 Feb 2018 15:58
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18907

Actions (login required)

View Item View Item