Persepsi guru terhadap keperluan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dan hubungannya dengan kualiti guru

Leong, Ket Chu (2013) Persepsi guru terhadap keperluan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dan hubungannya dengan kualiti guru. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Persepsi guru terhadap keperluan.pdf

Download (14MB) | Preview

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji persepsi guru terhadap keperluan latihan dalam perkhidmatan (LDP) dan hubungannya dengan kualiti guru dalam kalangan guru sekolah menengah di daerah Sandakan. Daripada 1,320 orang guru sekolah menengah, hanya 302 orang guru dipilih secara rawak untuk dijadikan sebagai persampelan secara tinjauan. Instrumen kajian ini terbahagi kepada lima bahagian, iaitu demografi, kepentingan latihan, jenis latihan, kaedah latihan dan kualiti guru. Instrumen yang digunakan ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dengan pekali kebolehpercayaan Alfa Cronbalch (0.94). Data yang dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 19.0. Sebanyak empat belas hipotesis telah diuji, tiga hipotesis nul dan sebelas hipotesis alternatif diterima. Keputusan ujian-t telah menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam skor min untuk kepentingan latihan, jenis latihan, kaedah latihan dan kualiti guru. Dapatan juga menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam skor min dalam sesetengah elemen bagi kepentingan latihan, jenis latihan dan kaedah latihan mengikut jantina, umur, pengalaman mengajar dan jawatan yang dipegang. Seterusnya, dapatan antara kualiti guru dengan faktor demografi tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan mengikut jantina, umur dan jawatan yang dipegang kecuali dengan pengalaman mengajar. Dalam pada itu, analisis korelasi telah menunjukkan semua komponen LDP mempunyai hubungan signifikan secara statistik dengan kualiti guru. Dari segi analisis regresi mudah, keperluan LDP telah mempengaruhi kualiti guru, manakala analisis regresi berganda pula telah menunjukkan kepentingan latihan dan kaedah latihan adalah peramal untuk kualiti guru. Kesimpulannya, keperluan LDP mempunyai hubungan dan pengaruh terhadap kualiti guru.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: perception, teachers, teacher quality, secondary school, training
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 26 Feb 2018 11:39
Last Modified: 26 Feb 2018 11:39
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18916

Actions (login required)

View Item View Item