Faktor-faktor 'BURNOUT' dan stres pekerjaan serta hubungannya dengan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di daerah Ranau

Serirama Ebbie (2013) Faktor-faktor 'BURNOUT' dan stres pekerjaan serta hubungannya dengan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di daerah Ranau. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Faktor-faktor 'BURNOUT'.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau faktor-faktor 'burnout’ dan sumber-sumber stres pekerjaan serta hubungannya dengan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di daerah Ranau, Sabah. Kaedah kajian yang digunakan ialah tinjauan ke atas sampel yang dipilih secara rawak untuk mengukur pembolehubah. Penyelidikan ini menggunakan soal selidik ke atas sejumlah 225 orang responden yang dipilih secara rawak dalam kalangan guru-guru sekolah rendah yang melibatkan 25 buah sekolah rendah di daerah Ranau. Maklumat yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan 'Statistical packages for social sciences'(SPSS ver 21.0). Kaedah statistik deskriptif digunakan bagi mencari frekuensi, peratusan, skor min dan sisihan piawai. Statistik inferensi digunakan bagi mendapatkan hubungan dan pengaruh antara pembolehubah bebas dengan pembolehubah bersandar. Rumusan dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara burnout' dengan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di daerah Ranau. Keputusan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara stres dengan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di daerah Ranau.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: burnout, working stress, working satisfaction, teacher
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 26 Feb 2018 11:39
Last Modified: 26 Feb 2018 11:39
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18918

Actions (login required)

View Item View Item