Hubungan stres dengan komitmen guru terhadap sekolah : satu kajian di kawasan bandar daerah Sandakan, Sabah

Fu, Ee Lee (2013) Hubungan stres dengan komitmen guru terhadap sekolah : satu kajian di kawasan bandar daerah Sandakan, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Hubungan stres dengan komitmen.pdf

Download (13MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji tahap stres guru, komitmen guru dan hubungan stres guru (Beban Kerja dan Kemerosotan Disiplin Pelajar) dengan komitmen guru dalam kalangan guru Sekolah Menengah yang mengajar di kawasan bandar daerah Sandakan, Sabah. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu ujian deskriptif dan inferensi dengan menggunakan data yang dikumpulkan dari borang soal selidik dan melibatkan seramai 360 orang guru. Kajian menggunakan borang soal selidik berstruktur yang mengandungi 42 soalan sebagai alat kajian. Data kajian telah dianalisis dengan Statistical Package For Social Science (SPSS) Versi 16. Teknik analisis deskriptif digunakan, dan analisis inferensi Ujian-t, ANOVA, Korelasi Pearson-r digunakan untuk menguji dua hipotesis yang dibentuk. Dapatan kajian menunjukkan sebilangan besar responden mempunyai tahap komitmen terhadap organisasi yang sederhana, dengan sebanyak 256 orang (85.33%), begitu juga menghadapi stres kerja yang sederhana dari faktor-faktor bebanan kerja (54.7%) dan kemerosotan disiplin pelajar (58.0%). Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap komitmen guru terhadap organisasi berdasarkan ciri umur, jantina, pengalaman mengajar, tahap akademik dan pendapatan responden dalam kalangan guru yang mengajar di kawasan bandar daerah Sandakan. Keputusan ujian Korelasi Pearson-r mendapati terdapat hubungan positif rendah, iaitu masing-masing mencatatkan nilai r=0.281 dan r=0.282 antara bebanan kerja guru dan kemerosotan disiplin pelajar dengan komitmen guru terhadap organisasi. Berdasarkan kajian ini, untuk meningkatkan komitmen terhadap organisasi dalam kalangan guru, usaha-usaha yang lebih kemas perlu dibuat bagi memastikan pembahagian tugas mengikut kepakaran dan juga kemerosotan disiplin pelajar dapat dikawal. Pegawai dan kakitangan yang mempunyai tahap komitmen yang rendah perlu dikenalpasti bagi mendapatkan idea dan pandangan mereka supaya langkah penambahbaikan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: stress level, teacher, commitment, commitment
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 26 Feb 2018 11:39
Last Modified: 26 Feb 2018 11:39
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18919

Actions (login required)

View Item View Item