Kesan penstabilan kapur terhidrat ke atas kekuatan tanah berlempung dari formasi Trusmadi di kawasan Kundasang - Ranau, Sabah

Nur Fatinidiana Ramlee (2013) Kesan penstabilan kapur terhidrat ke atas kekuatan tanah berlempung dari formasi Trusmadi di kawasan Kundasang - Ranau, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Kesan penstabilan kapur terhidrat.pdf

Download (13MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di sekitar Kundasang dan Ranau, Sabah. Kawasan kajian terdiri daripada Formasi Trusmadi (Paleosen hingga Eosen Tengah) yang dicirikan oleh selang lapis batu pasir dengan syal kelabu. Terdapat enam sampel tanah diambil untuk mengkaji kesan kapur terhadap sifat-sifat fiziko kimia tanah dan sifat kejuruteraan tanah. Berdasarkan kepada analisis salz butiran, sampel dikelaskan sebagai lodak berlempung dan berpasir, pasir berlempung serta pasir sedikit berlempung. Keenam-enam sampel mempunyai 15.02% hingga 27.49% kelembapan tanah, dan 3.24% hingga 5.29% kandungan bahan organik. Manakala, nilai pH tertinggi pada sampel tanah S1 iaitu 8.72 dan nilai pH terendah pada sampel tanah S2 iaitu 3.92. Analisis Indeks Keplastikan tanah menunjukkan sampel tanah di kawasan kajian ialah berkeplastikan rendah hingga serderhana iaitu 6.49% hingga 13.47%. Analisis pemadatan Proctor menunjukkan, ketumpatan kering optimum, pD antara 1.55 hingga 1.94 Mg/m³ dengan kandungan kelembapan optimum, uoo berjulat 9.97 hingga 20.00%. Nilai kebolehtelapan tanah adalah berjulat 6.05 x 10⁻⁹ hingga 9.76 x 10⁻³cms⁻¹ . Analisis kekuatan mampatan tak terkurung pula menunjukkan julat kekuatan antara 78 hingga 198 kPa. Sampel S1 dan S3 dicampurkan dengan kapur terhidrat dengan 2%, 4%, 6% dan 8% dan diawet selama 4 jam, 7,14,21 dan 28 hari untuk analisis penstabilan tanah. Terdapat peningkatan nilai pH bagi setiap penambahan peratusan kapur terhidrat dalam tanah bagi sampel S1 (berpasir) ialah 8.47 hingga 12.29 dan sampel tanah S3 (bersyal) ialah 8.04 hingga 8.91. Daripada analisis pembelauan sinar-X (XRD) dan mikroskop pengimbas elektron (SEM) didapati tanah Formasi Trusmadi mengandungi kuarza, montmorilonit, ilit hingga montmorilonit, ilit dan haloisit. Analisis pendaflour sinar-X (XRF) menunjukkan peningkatan kandungan kalsium oksida (CaO) dalam sampel berpasir ialah 0.37% hingga 6.09% dan sampel bersyal ialah 0.26% hingga 5.79%. Analisis XRD menunjukkan kehadiran mineral bersimen iaitu kalsium silikat hidrat (CSH) dan kalsium aluminat silikat (CAS) dalam analisis penstabilan. Manakala, perubahan sifat morfologi mikrostruktur penstabilan tanah daripada analisis SEM jelas menunjukkan kehadiran gumpalan mineral simen dan struktur kepingan simen antara butiran tanah yang terbentuk pada 8% penstabilan kapur. Sampel berpasir mempunyai kekuatan mampatan paksi optima dengan 6% penambahan kapur terhidrat iaitu 1350 kPa dan maksima dengan 8% penstabilan iaitu 1383 kPa pada 28 had pengawetan. Manakala, kekuatan mampatan paksi maksima bagi sampel bersyal ialah 858 kPa dengan 8% penambahan kapur terhidrat dan 28 had pengawetan

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Trusmadi Formation, gray shale, sandstone, hydrated lime, soil
Subjects: Q Science > QE Geology
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 27 Feb 2018 16:00
Last Modified: 27 Feb 2018 16:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18923

Actions (login required)

View Item View Item