Kaedah lelaran dua-langkah dengan skema kuadratur bagi menyelesaikan sistem tak linear

Ana Nor Eryna Taip (2015) Kaedah lelaran dua-langkah dengan skema kuadratur bagi menyelesaikan sistem tak linear. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kaedah lelaran dua.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Sistem tak linear merupakan satu sistem yang banyak digunakan dalam cabang ilmu sains dan kejuruteraan. Hukum juzuk dan inersia merupakan antara contoh aplikasi yang terdapat dalam sistem tak linear. Sistem ini adalah bersifat kompleks dan memerlukan kaedah yang tertentu bagi menyelesaikan setiap permasalahan yang terdapat di dalamnya. Kaedah lelaran merupakan antara kaedah penyelesaian yang telah banyak digunakan bagi menyelesaikan sistem tak linear di mana kaedah lelaran yang paling banyak digunakan dalam sistem ini ialah kaedah lelaran dua-langkah. Kaedah lelaran dua-langkah mempertimbangkan kaedah peramal-pembetul bagi menyelesaikan permasalahan yang terdapat dalam sistem tak linear. Kajian ini mempertimbangkan kaedah lelaran dua-langkah berasaskan skema kuadratur bagi menyelesaikan sistem tak linear. Dalam kajian ini, kaedah peramal-pembetul telah digunakan sebagai kaedah lelaran dua-langkah dengan penggunaan kaedah Newton selaku kaedah kawalan. Melalui eksperimen berangka yang dijalankan, hasil dapatan menunjukkan bahawa kaedah lelaran dua-langkah ini bersifat lebih efisien jika dibandingkan dengan kaedah Newton satu langkah dengan penelitian dari segi kadar bilangan lelaran yang semakin mengecil.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Non-linear system, iterative method, predictor-corrector methods, Newton method
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 23 Feb 2018 11:27
Last Modified: 23 Feb 2018 11:31
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19000

Actions (login required)

View Item View Item