Pengaruh penguasaan Jawi dan kurikulumnya terhadap proses pengajaran Jawi di sekolah rendah Negara Brunei Darussalam

Rosimah Haji Ibrahim (2015) Pengaruh penguasaan Jawi dan kurikulumnya terhadap proses pengajaran Jawi di sekolah rendah Negara Brunei Darussalam. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Pengaruh penguasaan Jawi dan kurikulumnya.pdf

Download (826kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh penguasaan Jawi dan kurikulumnya terhadap proses pengajaran Jawi di sekolah rendah Negara Brunei Darussalam. Teori Mauritz Johnson, 1967 yang dipilih oleh pengkaji sebagai teori yang utama dalam kajian ini kerana ia menunjukkan ada persamaan pada kurikulum yang dilaksanakan pada pelajaran Jawi di sekolah-sekolah rendah di Negara Brunei Darussalam. Kaedah kajian tinjauan ini melibatkan sampel 150 orang guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu khususnya pelajaran Jawi. Sam pel dipilih menerusi pensampelan rawak mudah, strata dan berkelompok. Reka bentuk yang digunakan ialah kajian kuantitatif bukan ekperimen (non-experimental quantitative research). Dalam kajian ini dua instrumen utama digunakan iaitu satu set ujian tulisan Jawi dan menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu maklumat demografi, penguasaan kurikulum dan proses terhadap pengajaran guru. Manakala ujian tulisan Jawi diberikan bagi menguji penguasaan Jawi guru. Data-data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS for windows Versi 15.0. Analisis univariat (ANOVA) dan pelbagai variat (korelasi Pearson dan analisis regresi berganda) digunakan bagi menguji hipotesis kajian pada aras signifikan p<.05. Keputusan ujian menunjukkan terdapatnya perbezaan skor min yang signifikan bagi variabel-variabel kajian penguasaan Jawi guru dan penguasaan kurikulumnya terhadap proses pengajaran mata pelajaran Jawi berdasarkan ciri demografi yang telah diberi tumpuan. Dapatan keputusan kajian ujian korelasi Pearson (r) menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara variabel-variabel yang terlibat Analisis regresi berganda menunjukkan terdapat pengaruh variabel-variabel bebas terhadap variabel bersandar yang difokuskan. Analisis mendapati bahawa pembolehubah penguasaan kurikulum Jawi menerangkan 32.9% varians pembolehubah proses pengajaran dengan peningkatan satu unit pembolehubah penguasaan kurikulum akan menyebabkan peningkatan .614 unit pembolehubah proses pengajaran. Manakala, pembolehubah penguasaan Jawi guru hanya menerangkan 5.2% varians pembolehubah proses pengajaran dengan peningkatan satu unit pemboleh ubah proses pengajaran akan menyebabkan pengurangan .081 unit pembolehubah proses pengajaran. Justeru Itu, pelbagai perbezaan ciri demografi tidak harus dipinggirkan di samping turut melihat kepentingan penguasaan Jawi guru dan penguasaan kurikulumnya sebagai fa ktor-faktor yang mampu menyumbang pengaruh ke arah proses pengajaran mata pelajaran Jawi di sekolah rendah di Negara Brunei Darussalam. secara khusus, dapatan kajian ini turut menyokong kerangka konseptual kajian yang digunakan dalam kajian ini.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Jawi profiency, teaching process, curriculum
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 22 Mar 2018 10:10
Last Modified: 22 Mar 2018 10:10
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19319

Actions (login required)

View Item View Item