Ecotourism, conservation programme and local community participation: conflict of interests in Sukau village of Sabah, Malaysia

Rosazman Hussin and Ahmad Puad Mat som (2008) Ecotourism, conservation programme and local community participation: conflict of interests in Sukau village of Sabah, Malaysia. SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, 1 (1). pp. 115-140. ISSN 1979-0112

[img]
Preview
Text
Ecotourism.pdf

Download (45kB) | Preview

Abstract

Sejak tahun 1990-an, projek eko-pelancongan telah diperkenalkan di Kampung Sukau apabila beberapa pengusaha pelancongan swasta membina rumah penginapan pelancong di tebing Sungai Kinabatangan. Selepas itu, sesetengah penduduk tempatan (Orang Sungai) mula melibatkan diri mereka dalam aktiviti dan perkhidmatan pelancongan, misalnya sebagai pengemas bilik, pelayan tetamu dan tukang kebun. Penduduk tempatan juga terlibat dalam kerja-kerja seperti pemandu bot, pembuat bot dan peserta homestay. Walau bagaimanapun, kebanyakan kawasan hutan di Hilir Kinabatangan ini telah bertukar menjadi ladang kelapa sawit yang luas. Justeru itu, demi memastikan pembangunan ladang kelapa sawit ini tidak melenyapkan sama sekali kawasan biodiversiti di Hilir Kinabatangan, maka kerajaan dan pihak swasta di Malaysia telah memperkenalkan program bagi tujuan pengurusan pemuliharaan hutan dan hidupan liar di kawasan ini. Persoalannya, sejauhmanakah program pemuliharaan ini telah memberi kesan kepada kehidupan sosio-budaya komuniti tempatan dan apakah kesannya terhadap pihak-pihak lain yang berkepentingan di kawasan ini. Inilah isu-isu utama yang akan diterokai secara kritikal dalam esei ini.

Item Type: Article
Keyword: co-tourism, conservation programs, local communities, community involvemen, stakeholders
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 14 Mar 2018 11:13
Last Modified: 14 Mar 2018 11:13
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19402

Actions (login required)

View Item View Item