Inventori kupu-kupu di kawasan ladang Mostyn, Kunak Dan Bukit Tiger, Tawau, Sabah

Esau Kak (2008) Inventori kupu-kupu di kawasan ladang Mostyn, Kunak Dan Bukit Tiger, Tawau, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Inventori kupu kupu di kawasan lading Mostyn.pdf

Download (79kB) | Preview

Abstract

Kajian inventori merupakan langkah saintifik pertama yang perlu dilakukan untuk mendapatkan gambaran terhadap status biologi dan status semasa di kawasan kajian. Dalam kajian yang telah dijalankan di ladang kelapa sawit Mostyn, Kunak dan Bukit Tiger, Tawau ini, dua kaedah kajian telah digunakan iaitu jaring udara ""aerial net"" dan perangkap berumpan. Kaedah jaring udara didapati lebih berkesan digunakan semasa persampelan kupu-kupu jika dibandingkan dengan kaedah perangkap berumpan. Kajian ini dijalankan dengan melakukan penangkapan secara rambang di kawasan kajian; tiada plot khas yang ditetapkan bagi penangkapan kupu-kupu. Spesimen yang diperolehi dikenalpasti dengan menggunakan binokular dan buku rujukan yang bergambar. Selain itu, nasihat dan bantuan daripada pakar juga digunakan dalam proses mengenalpasti spesimen ini. Dalam kajian yang telah dijalankan ini, terdapat sebanyak 57 spesies kupu-kupu yang berbeza yang diperolehi. Ladang Mostyn merekodkan 34 spesies kupu-kupu yang berbeza. manakala ladang Bukit Tiger merekodkan 28 spesies. Daripada hasil yang diperolehi, perbezaan kupu-kupu yang diperolehi adalah tidak ketara. Kelima-lima famili kupu-kupu iaitu Hesperiidae, Lycaenidae, Nymphalidae, Papilionidae dan Pieridae dapat dijumpai di kedua-dua kawasan kajian. Kajian inventori ini dijalankan bagi mencapai dua objektif iaitu; a) Merekodkan spesies-spesies kupu-kupu yang terdapat di kawasan ladang Mostyn, Kunak dan Bukit Tiger, Tawau. b) Melihat pengaruh pembukaan hutan terhadap kepelbagaian kupu-kupu di kedua-dua kawasan kajian ini.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Butterfly , Kunak , inventory
Subjects: Q Science > QL Zoology
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 22 Mar 2018 09:53
Last Modified: 22 Mar 2018 09:53
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19411

Actions (login required)

View Item View Item