Hubungan sikap dengan penguasaan pengetahuan dan penguasaan kemahiran guru-guru menengah rendah dalam pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah di sekolah-sekolah menengah daerah Kudat, Sabah

Mohd Fadzil Ah Talib (2014) Hubungan sikap dengan penguasaan pengetahuan dan penguasaan kemahiran guru-guru menengah rendah dalam pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah di sekolah-sekolah menengah daerah Kudat, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Hubungan sikap dengan penguasaan pengetahuan.pdf

Download (731kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan sikap guru menengah rendah dengan penguasaan pengetahuan dan penguasaan kemahiran dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Maklumbalas diambil dari responden yang terdiri daripada 170 orang guru yang mengajar tingkatan satu hingga tingkatan tiga sekolah-sekolah menengah daerah Kudat. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan untuk menjawab objektif kajian. Satu set soal selidik dibangunkan sendirl oleh penyelidik berasaskan buku panduan pelaksanaan PBS dan 'FAQ' berkaitan PBS. Nilai kebolehpercayaan bagi variabel-variabel soal selidik ini ialah varia bel sikap (0.91), variabel pengetahuan (0.97) dan variabel kemahiran (0.945). Analisis statistik inferensi iaitu ujian ANOVA sehala dan Korelasi Pearson untuk menguji hilpotesis nul pada aras signifikan p<0.05. Program Perisian SPSS versi 21 digunakan untuk menganalisis data. Keputusan ujian korelasi pearson menunjukkan terdapat hubungan positif antara sikap dengan penguasaan pengetahuan dengan kekuatan hubungan yang tinggi iaitu r=0.641. Selain itu, ujian korelasi pearson juga menunjukkan terdapat hubungan positif antara sikap dengan penguasaan kemahiran dengan kekuatan hubungan yang tinggl iaitu r=0.639. Secara keseluruhannya dapatan ini amat bertepatan dan menyokong kerangka kajian yang digunakan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: attitude, secondary school, teacher, knowledge and skill mastery, School Based Assessment (SBA)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 27 Mar 2018 15:24
Last Modified: 27 Mar 2018 15:24
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19576

Actions (login required)

View Item View Item