Kepimpinan pengetua dan keberkesanan sekolah : satu kajian kes di Sekolah Menengah Teknik Keningau

Saripah Ghul Hassan (2004) Kepimpinan pengetua dan keberkesanan sekolah : satu kajian kes di Sekolah Menengah Teknik Keningau. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Kepimpinan pengetua dan keberkesanan sekolah.pdf

Download (541kB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan dengan tujuan untuk mengetahui tentang kepemimpinan pengetua dalam membentuk keberkesanan sekolah. Kajian dijalankan di Sekolah Menengah Teknik Keningau (SMTK) yang telah memenangi pelbagai anugerah. Kaedah penyelidikan adalah secara kualitatif untuk mencungkil rahsia kejayaannya. Pengetua SMTK dijadikan sebagai subjek utama dalam kajian. Pelbagai instrumen digunakan untuk mengumpul data seperti soal selidik, temubual, pemerhatian dan semakan dokumen. Seramai 31 orang telah mengambil bahagian dalam temubual dan 87 responden dalam soal selidik. Soal selidik membekalkan data deskriptif sedangkan instrumen lain memberi 'input' tambahan dari kenyataan dan frasa yang unik. Dapatan menunjukkkan kualiti pengetua adalah penting untuk mewujudkan sekolah berkesan. Kajian menunjukkan kompetensi seperti kepemimpinan pendidikan, perancangan dan akauntabiliti sekolah, hubungan kemanusiaan dan keberkesanan peribadi pengetua sangat diperlukan untuk mewujudkan sekolah berkesan. Dapatan dari kajian di SMTK telah menunjukkan bahawa kepemimpinan pengetuanya telah menyumbang dalam menghasilkan pengurusan cemerlang kepada sekolah berkesan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: leadership quality, principal, effective school
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 04 Apr 2018 16:17
Last Modified: 04 Apr 2018 16:17
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19715

Actions (login required)

View Item View Item