Pengaruh standard profesionalisme dan latihan terhadap komitmen pentadbir Sekolah Menengah Teknik di Malaysia

Abd. Halim Mat Desa (2015) Pengaruh standard profesionalisme dan latihan terhadap komitmen pentadbir Sekolah Menengah Teknik di Malaysia. Post-Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (875kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (15MB)

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh standard profesionalisme yang telah dilaksanakan oleh pentadbir berkaitan dengan komitmen terhadap organisasi khususnya dalam elemen-elemen yang berkaitan dengan standard profesionalisme iaitu pengetahuan, nilai, amalan dan latihan. Kajian tinjauan ini melibatkan sampel seramai 235 orang pentadbir Sekolah Menengah Teknik di Malaysia. Pemboleh ubah kajian telah diuji menggunakan statistik deskriptif dan inferensi yang melibatkan korelasi Pearson, regresi linear dan regresi berganda. Kajian ini mendapati bahawa standard profesionalisme mempunyai hubungan yang signifikan terhadap komitmen organisasi serta kaitan dengan latihan yang diterima. Pengetahuan profesionalisme pula telah menyumbang sebanyak 34% terhadap komitmen organisasi. Hasil kajian juga mendapati bahawa nilai menyumbang 9.2% dan amalan menyumbang sebanyak 2.3% terhadap komitmen organisasi. Analisis lanjut mendapati bahawa komponen latihan merupakan elemen yang penting untuk mencapai tahap komitmen terhadap organisasi. Umumnya latihan perlu mengalami proses penambahbaikan yang berterusan supaya pentadbir dapat input baru dalam mentadbir berdasarkan standard profesionalisme dan pendekatan yang lebih sistematik serta berfokus. Sehubungan dengan itu, dapatan kajian ini mencadangkan pihak-pihak yang berkenaan dapat mempertimbangkan peluang yang lebih luas kepada pentadbir yang baru berkhidmat untuk mengalami persekitaran pentadbiran dan pengurusan yang dapat membantu mereka membina kepercayaan kendiri.

Item Type: Thesis (Post-Doctoral)
Keyword: Professional standard, Administrator, Organizational commitment
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 05 Apr 2018 15:20
Last Modified: 20 Dec 2023 15:52
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19749

Actions (login required)

View Item View Item