Pemencilan, pencirian dan penskrinan bakteria pendegrad fenol daripada enapcemar minyak terawat

Ivy Christine Puduk (2008) Pemencilan, pencirian dan penskrinan bakteria pendegrad fenol daripada enapcemar minyak terawat. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Pemencilan, pencirian dan penskrinan.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Fenol merupakan sebatian toksik yang terdapat dalam pelbagai sisa buangan industri. Persampelan ini telah dilakukan daripada enapcemar terawat dari Labuan Crude Oil Terminal (LCOT) dengan menggunakan kaedah penyebaran terus dan pengkayaan. Pengujian bilangan populasi mendapati sebanyak 10067 CFU/mL yang tumbuh pada agar nutrien dan 3700 CFU/mL pada agar Ramsay bagi kaedah penyebaran terus. Manakala bagi kaedah pengkayaan pula, sebanyak 440267 CFU/mL yang tumbuh pada agar nutrient dan 829267 CFU/mL pada agar Ramsay. Beberapa strain kemudiannya dipencilkan daripada bilangan populasi tersebut dan sebanyak 41 strain berjaya dipencilkan. Daripada 41 strain yang betjaya dipencilkan, 6 strain telah dipilih mengikut perbezaan Warna, konfigurasi, margin dan elevasi. Pengujian juga dilakukan bagi pertumbuhan strain terpilih pada suhu 30°C, 37°C dan 40°C selama 24 jam. Keputusan menunjukkan kesemua strain terpilih tumbuh dengan baik pada setiap suhu. Setiap strain terpilih diklasifikasikan berdasarkan warna, konfigurasi, margin, jenis Gram dan morfologi set Daripada keputusan, 3 strain adalah Gram-negatif dan selebihnya adalah strain Gram-positif. Gram-negatif ialah strain NAOT-D.20, RMOT-E.7 dan RMOT-E.30. Manakala bagi Grampositif ialah strain NAOT-E.37, NAOT-E.26 dan NAOT-E.35. Strain terpilih ini telah dikodkan sebagai NAOT-E.35, NAOT-D.20, NAOT-E.37, NAOT-E.26, RMOT-E.7 dan RMOT -E.30. Keputusan anaIisis penskrlnan menunjukkan, hanya 3 strain iaitu NAOT-E.37, NAOT-E.35 dan RMOT-E.30 yang berupaya tumbuh dengan baik pada kepekatan fenol 0.5mM, 1.5mM dan 2mM.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: treated effluents produce, phenol, Labuan Crude Oil Terminal
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 09 Apr 2018 09:34
Last Modified: 09 Apr 2018 09:34
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19772

Actions (login required)

View Item View Item