Perkembangan Pendidikan Cina di Kudat, 1963-2000

Haizirah Mohd Hairi (2008) Perkembangan Pendidikan Cina di Kudat, 1963-2000. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000021.pdf

Download (5MB) | Preview

Abstract

Kajian ini adalah berkaitan dengan perkembangan pendidikan Cina di Kudat dari tahun 1963 hingga tahun 2000. Kedatangan masyarakat Cina ke Kudat bukan sahaja menjadi buruh sepertl yang diharapkan oleh pihak SBBUB tetapi turut membawa masuk kebudayaan mereka ke Kudat. Perkembangan pendidikan Cina di Kudat melalui tiga tahap masa ialtu semasa pemerintahan SBBUB di Sabah, selepas Perang Dunia Kedua dan juga selepas Sabah mencapai kemerdekaan pada tahun 1963 melalui penyatuan ke dalam gagasan Malaysia. Kajian ini juga turut menjelaskan tentang peranan yang dimainkan oleh pertubuhan gereja dan juga pertubuhan kaum Cina yang lain seperti Dewan Pemiagaan Tiong Hua serta pihak Lembaga Pengurus Sekolah yang ditubuhkan oleh komuniti kaum Cina yang tinggal di kawasan luar bandar. Peranan yang dimainkan oleh pihak-pihak tersebut meliputi aspek penyediaan tapak untuk sekolah, sukatan pelajaran, penyediaan dan pelantikan tenaga pengajar serta bertanggungjawab ke atas pengurusan kewangan sekolah. Seterusnya, kajian ini juga meneliti dengan lebih lanjut perkembangan pendidikan Cina di Kudat melalui setiap sekolah Cina yang ada di Kudat selepas semua sekolah ini mendapat biayaan daripada kerajaan dan menjadi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK). Hal ini kerana setiap sekolah Cina ini menunjukkan perkembangan yang positif selepas mendapat biayaan daripada kerajaan selain dari perubahan dari segi struktur organisasi sekolah, bilangan pelajar, tenaga pengajar, sukatan pelajaran, pencapaian serta Infrastruktur dan kemudahan di setiap sekolah.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Chinese Education, Chinese Culture, Tiong hua, Kudat
Subjects: L Education > L Education (General)
Department: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 13 May 2011 17:01
Last Modified: 16 Oct 2017 14:01
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/1981

Actions (login required)

View Item View Item