Hubungan antara pengetahuan dengan persepsi amalan pentaksiran formatif dalam pelaksanaan penilaian kemajuan berasaskan sekolah

Juliana Osong (2008) Hubungan antara pengetahuan dengan persepsi amalan pentaksiran formatif dalam pelaksanaan penilaian kemajuan berasaskan sekolah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
ae0000000029.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk melihat hubungan antara pengetahuan dengan persepsi amalan petaksiran formatif oleh guru semasa pelaksanaan Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah (PKBS). Kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan dan persepsi tahap amalan pentaksiran formatif dalam kalangan guru-guru di sekolah menengah kategori bandar, di bandar-bandar utama di negeri Sabah. Kajian ini menggunakan dua jenis instrumen iaitu satu set soalan ujian yang mengandungi 40 item dan ditadbir untuk mengukur pengetahuan guru tentang pentaksiran formatif. Instrumen kedua ialah satu set soal selidik berskala Likert yang mengandungi 60 item dan ditadbir untuk mengetahui persepsi tahap amalan pentaksiran formatif guru semasa pelaksanaan PKBS. Seramai 350 guru sekolah menengah terlibat sebagai sampel dalam kajian ini. Pengumpulan data menggunakan soalan ujian dan soal selidik yang dikendalikan oleh pengkaji dibantu bersama oleh pengetua sekolah atau guru penolong kanan. Data dianalisis menggunakan program SPSS for MS Windows Version 16.0. Taburan kekerapan dan peratusan demografi responden, tahap pengetahuan dan persepsi tahap amalan guru dianalisis secara deskriptif, sementara hubungan antara pemboleh ubah bebas iaitu pengetahuan pentaksiran formatif dengan pemboleh ubah bersandar iaitu amalan pentaksiran formatif dianalisis menggunakan Pearson product-moment correlation coefficient. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan persepsi tahap amalan guru adalah sederhana. Keputusan kajian juga mendapati wujud hubungan yang kuat antara pengetahuan dengan persepsi amalan pentaksiran formatif oleh guru semasa pelaksanaan PKBS.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Knowledge, Formative assessment practices, School-based assessment, Teachers' perception
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1705-2286 Education and training of teachers and administrators > LB1775-1785 Professional aspects of teaching and school administrators. Vocational guidance
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 23 Mar 2011 17:43
Last Modified: 14 Nov 2017 15:15
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/1991

Actions (login required)

View Item View Item