Pembinaan sistem pengayun automatik menggunakan peranti deria bunyi dan inframerah

Julynnie Wajir (2008) Pembinaan sistem pengayun automatik menggunakan peranti deria bunyi dan inframerah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Pembinaan sistem pengayun automatik.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Dalam projek ini, dua objektif telah dicadangkan iaitu membina sistem yang boleh mengesan pergerakan menggunakan peranti deria inframerah dan mereka bentuk peranti deria inframerah dan pengesan bunyi yang berupaya mengaktifkan pengayun elektrik. Peranti deria inframerah telah digunakan untuk membina sistem pengesan gerakan tersebut. Kebanyakan peranti deria inframerah menggunakan pemancar cahaya inframerah dan penerima. Model sumber pemancar yang digunakan ialah BIRBM03J7M dan model yang berlabel GP1U28X digunakan sebagai peranti yang mengesan isyarat inframerah. Litar pemancar dan penerima inframerah ini dipasang pada besi penyokong buaian secara bertentangan dan dipasang pada bahagian bawah besi penyokong ayunan bayi tersebut. Peranti deria bunyi diletakkan pada bahagian atas buaian. Kedua-dua komponen peranti deria ini disambungkan pada pengayun elektrik. Apabila gerakan dikesan dan isyarat inframerah diganggu, pengayun elektrik kemudiannya akan berayun secara automatik. Tempoh ayunan pengayun ditentukan mengikut tempoh masa dan kelajuan yang dikehendaki. Peranti deria bunyi digunakan untuk mengesan bunyi tangisan bayi. Apabila peranti deria mengesan bunyi tangisan, buaian elektrik akan berayun secara automatik mengikut tempoh masa dan kelajuan yang di laraskan. Peranti deria Inframerah dan peranti deria bunyi mampu menjadi suis automatik kepada pengayun elektrik.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: motion detector, Infrared sensor, sound sensor, electric rocker
Subjects: Q Science > QC Physics
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 04 May 2018 15:42
Last Modified: 04 May 2018 15:42
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19999

Actions (login required)

View Item View Item