Tabiat pemakanan yang menyebabkan obesiti di kalangan kanak-kanak yang berumur 7-12 tahun pada segelintir masyarakat Cina di Likas, Kota Kinabalu

Ng, Fabian Wei Heng (2003) Tabiat pemakanan yang menyebabkan obesiti di kalangan kanak-kanak yang berumur 7-12 tahun pada segelintir masyarakat Cina di Likas, Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000040.pdf

Download (5MB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui bilangan kanak-kanak yang obes yang berumur 7-12 tahun pada segelintir masyarakat cina di Likas, Kota Kinabalu. Kawasan kajian yang dipilih untuk menjalankan kajian ini ialah SRJK (C) St James dan SJK (C) Chung Hua Likas. Jumlah respoden yang dipilih untuk kajian ini adalah seramai 173 orang dimana 103 ( 59.54% ) orang terdiri daripada lelaki dan 70 ( 40.46% ) orang terdiri daripada perempuan. Bilangan kanak-kanak yang obes boleh ditentukan dengan jisim indeks badan ( BMI ) melalui pengukuran antropometri. Nilai jisim indeks badan ( BMI ) boleh didapati dengan rumus berat badan respoden dibahagi dengan kuasa dua tinggi respoden. Unit jisim indeks badan ialah kg/m2. Kajian ini juga untuk mengetahui tabiat pemakanan yang menyebabkan obesiti di kalangan mereka yang berumur 7-12 tahun pada segelintir masyarakat Cina di Likas, Kota Kinabalu. Borang soal-selidik ditujukan kepada respoden bagi mengkaji tabiat pemakanan berhubung dengan pengambilan kalori seharian dan kekerapan makanan yang diambil disoal untuk mengetahui faktor yang menyebabkan masalah obesiti atau kegemukan. Seramai 173 respoden yang diambil, 117 ( 67.63% ) respoden adalah obes dimana 69 ( 39.88% ) terdiri danpada lelaki dan 48 ( 41.03% )terdiri daripada perempuan. Julat BMI bagi respoden yang obes ialah ( 21 kg/m² hingga 35kg/m² ). Daripada 117 ( 67.63% ) respoden yang obes, kesemuanya telah melebihi had pengambilan kalori seharian iaitu melebihi 2000 kalori yang menyebabkan mereka menjadi obes. Analisis kekerapan dan ujian khi kuasa dua digunakan untuk menganalisisakan data. Analisis memperlihatkan pengambilan kumpulan makanan tertentu secara berlebihan iaitu 109 ( 63.0% ) respoden bagi makanan sumber karbohidrat, 151 ( 87.3% ) respoden bagi makanan sumber protein, 122 ( 70.5% ) respoden bagi minuman beverages telah menyebabkan masalah obesiti di kalangan respoden. Hasd kajian statistikal analisis menunjukkan tiada perkaitan di antara latar belakang keluarga dengan respoden yang akan menyebabkan obes di kalangan mereka. Kajian ini juga mendapati latar belakang keluarga tidak menyebabkan obesiti di kalangan kanak-kanak.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Obesity in children, Nutrition, Food habits.
Subjects: ?? RJ101 ??
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 22 Mar 2011 17:52
Last Modified: 17 Oct 2017 13:27
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/2011

Actions (login required)

View Item View Item