Kualiti perkhidmatan pengangkutan air awam di pedalaman Hulu Tembeling, Pahang

Mazdi Marzuki and Nurul Ain RK and Rosmiza MZ and Muhammad Hasbi AR and Jabil Mapjabil (2016) Kualiti perkhidmatan pengangkutan air awam di pedalaman Hulu Tembeling, Pahang. GEOGRAFIA : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (14). pp. 31-40. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
Text
Kualiti perkhidmatan pengangkutan air awam di pedalaman Hulu Tembeling.pdf

Download (92kB) | Preview
[img]
Preview
Text
High performance work practices and service quality in mid-scale lodging industry.pdf

Download (185kB) | Preview

Abstract

Pengangkutan air menjadi nadi kepada penduduk pedalaman untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain. Pengangkutan air turut digunakan untuk mengangkut barangan, hasil pertanian, haiwan ternakan, menangkap ikan dan sewaan untuk tujuan pelancongan. Perkhidmatan pengangkutan perahu Tembeling digunakan untuk menghubungkan enam buah kampung pedalaman iaitu Kg. Kuala Tahan, Kg. Pagi, Kg. Kuala Sat, Kg. Bantal, Kg. Mat Daling dan Kg. Gusai dengan bandar Jerantut. Perahu Tembeling merupakan pengangkutan yang paling dominan digunakan oleh penduduk di kawasan ini kerana kemudahan infrastruktur jalan raya yang masih belum siap dengan sempurna. Artikel ini akan membincangkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam air yang menjalankan operasi di Hulu Tembeling, Pahang. Kajian ini menggunakan metodologi pengedaran borang soal selidik dan temu bual kepada pengguna dan pengusaha perahu Tembeling. Hasil kajian menunjukkan tahap kualiti perkhidmatan pengangkutan perahu Tembeling masih pada tahap sederhana. Kualiti perkhidmatan pengangkutan perahu Tembeling yang sederhana tersebut ialah kualiti masa, kos, keadaan fizikal perahu dan kemudahan. Manakala kualiti perkhidmatan perahu Tembeling yang baik dicatatkan oleh keselamatan dan keselesaan. Kajian ini turut mengemukakan cadangan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan perahu Tembeling di Hulu Tembeling, Pahang.

Item Type: Article
Keyword: rural area, quality, water transport, public transport, boat, services
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 10 Jul 2018 15:00
Last Modified: 21 Dec 2020 16:52
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20438

Actions (login required)

View Item View Item