Tahap kesedaran masyarakat daerah Semporna terhadap pencemaran bahan plastik

Norijan Abd Jannah (2008) Tahap kesedaran masyarakat daerah Semporna terhadap pencemaran bahan plastik. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Tahap kesedaran masyarakat daerah Semporna.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kajian dijalankan bagi memenuhi beberapa objektif iaitu untuk menentukan tahap kesedaran masyarakat Daerah Sempoma terhadap pencemaran yang disebabkan oleh bahan plastik serta mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan dan mengawal pencemaran bahan plastik. Kaedah Kajian yang digunakan adalah persampelan rawak mudah ke atas responden kajian dengan menggunakan horang soal selidik. Skop kajian merangkumi umur, jantina, status ekonomi, kesedaran sivik, keprihatinan masalah sekitaran serta pengetahuan dalam kitar semula oleh penduduk. Berdasarkan analisis, didapati golongan muda iaitu berumur 12-22 tabun dan berpendidikan STPM, diploma dan ijazah lebih mengetahui mengenai bahayanya bahan plastik, ini adaJah kerana mereka terdedah kepada pendidikan yang diajar di sekolah ataupun di institut pengajian tinggi. Dari segi jantina pula, kaum perempuan mempunyai tahap kesedaran yang lebih daripada kaum lelaki. Ini adalah disebabkan kaum perempuan mempunyai sifat keprihatinan yang lebih berbanding lelaki. HasH dari kajian yang dijalankan, didapati tahap kesedaran masyarakat Daerah Sempoma tentang pencemaran bahan plastik berada di tahap yang sederhana. Kempen kesedaran seharusnya dipertingkatkan lagi agar masyarakat daerah khasnya golongan remaja dan dewasa menyedari tentang bahayanya bahan plastik kepada manusia dan juga alam sekitar jika tidak diuruskan dengan baik dan selamat.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: awareness, pollution, plastic material pollution
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 17 Jul 2018 13:54
Last Modified: 17 Jul 2018 13:54
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20489

Actions (login required)

View Item View Item