Penyaringan fitokimia dan aktiviti biologi ke atas spesies rumpai

Ainil Farhan Mohd Udaiyappan (2008) Penyaringan fitokimia dan aktiviti biologi ke atas spesies rumpai. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Penyaringan fitokimia.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian terhadap sebelas sampel rumpai iaitu Axonopus compressus, Lipocarpha chinensis, Mikania micrantha, Passflora foetida, Chloris barbata, Eleusine indica, Mimosa invisa (berduri dan tak berduri), Chrysopogon aciculatus, Paspalum conjugatum, dan Imperata cylindrica dijalankan untuk melihat aktiviti biologi (antibakteria dan antikanser) serta fitokimia (alkaloid, saponin dan antrakuinon) pada spesies-spesies tersebut. Persampelan dilakukan di sekitar kawasan Membakut dan Sepanggar, Sabah. Sampel diekstrak dengan menggunakan 100% (v/v) metanol dengan nisbah 1: 6. Penyaringan antibakteria dijalankan ke atas lima jenis bakteria iaitu Escherichia coli, Staphylococcus aureus, Enterobacter aerogenes, Salmonella typhi dan Streptococcus pneumoniae. Manakala dalam penyaringan antikanser, dua strain yis mutan yang berlainan digunakan iaitu MKK1P386 dan MKK1P386-MSG5 untuk mencari spesies yang berpotensi sebagai perencat tapak laluan MKKI dan tapak laluan MSG5. Hasil kajian menunjukkan bahawa S. aureus direncat oleh M. micrantha (15±0.5mm), L. chinensis (810.5mm), dan C. aciculatus (8f0.5mm) manakala E. aerogenes direncat oleh M. micrantha (12f0.5mm), M. invisa -duri (9±0.5mm), L. chinensis (7±0.5mm) dan P. foetida (6±0.5mm). Pertumbuhan S. pneumoniae pula direncat oleh M. micrantha (11f0.5mm) dan L. chinensis (8±0.5mm). Namun begitu, kesemua ekstrak sampel tidak berjaya merencat E. coli dan S. typhi. Dalam penyaringan antikanser, hanya A. compressus (8±0.5mm) merencat laluan MKK1 manakala tiada sampel yang dapat merencat laluan MSG5. Ujian lanjut ke atas spesies M. micrantha dengan mengekstrak melalui pemisahan cecair-cecair menunjukkan bahawa yis mutan MKK1P386 direncat oleh ekstrak metanol spesies ini (10f0.5mm) pada kepekatan 10 mg/ml manakala tiada aktiviti dalam ekstrak heksana. Dalam ujian fitokimia, alkaloid hadir pada semua ekstrak dalam kepekatan yang berbeza manakala saponin hadir dengan nyata dalam ekstrak P. foetida dan M. invisa (duri). Kehadiran antrakuinon pula tidak dikesan dalam semua ekstrak sampel.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: weed species, biological activity, bacteria, anticancer
Subjects: Q Science > QK Botany
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 17 Jul 2018 13:56
Last Modified: 17 Jul 2018 13:56
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20523

Actions (login required)

View Item View Item