Geologi am dan kestabilan cerun di kawasan Kota Kinabalu

Fakhruddin Haidhar Izhar (2008) Geologi am dan kestabilan cerun di kawasan Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Geologi am dan kestabilan cerun.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji geologi am dan kestabilan cerun di kawasan kajian yang terletak di Kota Kinabalu yang dibatasi dari garis lintang 5°52.5'U hingga 6°00'U dan garis bujur pada 116°00.5T hingga 116°06T. Objektif kajian adalah mengemaskini peta geologi yang terkini, menyediakan peta gelogi kejuruteraan, mengenalpasti jenis reka bentuk cerun dan mengenalpasti faktor keselamatan cerun di kawasan kajian. Kawasan kajian terdiri daripada Formasi Crocker yang berusia Eosen akhir hingga Miosen bawah dan endapan Aluvium Kuatemari. Analisis struktur menunjukkan terdapat canggaan iaitu berarah Barat Laut Tenggara. Analisis petrografi pula menunjukkan Formasi Crocker terdiri daripada wak litik berkematangan kimia. Sebanyak 5 lokaliti diambil untuk membuat analisis kestabilan cerun dan sampel batuan diambil untuk analisis makmal berdasarkan tekstur batuan. Hasil analisis ketumpatan kering mendapati batuan pasir bertekstur halus 2.8 gcm⁻³ manakala batuan pasir bertekstur sederhana 2.56 gcm⁻³. Berdasarkan kajian terhadap 5 lokaliti cerun, mendapati bahawa cerun 14 dan 11 mempunyai potensi dan berkemungkinan untuk mengalami kegagalan jenis baji. Analisis R6 dilakukan untuk mengetahui satah ketakselanjaran paling kritikal untuk kedua-dua cerun terbabit. Nilai R6 pada cerun lokaliti 14 bernilai -42 dan cerun lokaliti 11 bernilai -51. Analisis Faktor Keselamatan (FOS) dan sudut cerun optima telah dibuat menggunakan perisian Swedge mendapati bahawa cerun lokaliti 14 mempunyai nilai FOS 1.56 dan bersudut optima 390 basil daripada analisis kinematik manakala cerun lokaliti 11 mempunyai nilai FOS 1.63 dan sudut optima 44° hasil daripada analisis kinematik. Melalui analisis had keseimbangan, cerun lokaliti 14 menunjukkan sudut optima 66° dan memberi nilai FOS 1.28 manakala cerun lokaliti 11 tidak dapat memberi nilai FOS kerana lebi daripada 1.3 menunjukkan ianya berada dalam keadaan yang stabil dan orientasi cerun berada pada tahap paling minima berdasarkan bacaan perisian.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: slope stability, Kota Kinabalu, safety, geological map
Subjects: Q Science > QE Geology
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 06 Aug 2018 16:27
Last Modified: 06 Aug 2018 16:27
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20685

Actions (login required)

View Item View Item