Dinamisme pendidikan tinggi: Pembinaan modal insan antarabangsa

Irma Wani Othman and M. Safuan Yusoff and Herlina Jupiter and Hasbullah Awang (2016) Dinamisme pendidikan tinggi: Pembinaan modal insan antarabangsa. JOURNAL OF EDUCATION AND SOCIAL SCIENCES, 5 (2). ISSN 2289-1552

[img]
Preview
Text
DINAMISME PENDIDIKAN TINGGI.pdf

Download (129kB) | Preview
[img]
Preview
Text
DINAMISME PENDIDIKAN TINGGI PEMBINAAN MODAL INSAN ANTARABANGSA.pdf

Download (367kB) | Preview

Abstract

Dinamisme pendidikan tinggi merupakan suatu usaha dalam mengangkasa sesebuah universiti melalui (1) status kecemerlangan akademik di persada dunia; (2) merangsang persekitaran budaya ilmuan dinamik; (3) melahirkan kredibiliti unggul dan keperibadian syumulgolongan pelajar dengan pendedahan wacana ilmiah merentasi disiplin ilmu serta (4) mewujudkan iklim akademia kondusif untuk menarik minat kelompok the best minds terjun ke dalam dunia akademik. Manakala Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) 2007menekankan tujuh teras strategi penarafan di mana ianya tertumpu pada meningkatkan, memperkasakan dan memberi nilai tambah serta meletakkan kualiti pengajian tinggi pada peringkat global. Dalam konteks pembinaan modal insan, pelantikan profesor ternama sebagai staf universiti dan peningkatan jumlah pelajar antarabangsa dilihat sebagai usaha strategik yang diberi keutamaan dalam memperkasa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta mempergiatkan pengantarabangsaan negara. Kajian ini bertujuan menerokai pengalaman dari modal insan antarabangsa pendidikan tinggi yang merangkumi komuniti pelajar antarabangsa dan ahli akademik ekspatriat iaitu sejajar dengan usaha negara merevolusikan sistem pendidikan tinggi. Dua persoalan pokok yang dirungkai -pertama, adakah dinamisme pendidikan tinggi di Malaysia berada pada tahap setanding dengan universiti bertaraf dunia yang mencerminkan imej serta reputasi baik, seterusnya berupaya meletakkan pendidikan tinggi negara sebagai hab kecemerlangan ilmu yang menjadi pilihan pelajar dan sarjana antarabangsa? Kedua, bagaimanakah teras kemajuan sesebuah universiti berjaya diwujudkan dengan pembinaan modal insan akademik? Kajian ini menawarkan bukti khusus bagaimana para ahli akademik ekspatriat dan golongan pelajar antarabangsa menilai pengalaman berada di negara ini serta mengaitkannya dengan dinamisme pendidikan tinggi dan pembinaan modal insan. Dapatan kajian turut menyisipkan satu dimensi lanjutan berhubung implikasi pembangunan modal insan sesebuah universiti yang memilih untuk merekrut tokoh akademik antarabangsa demi melahirkan budaya intelektual mantap menerajui sesuatu disiplin ilmu. Sumbangan kajian ini juga berupaya mengalihkan tumpuan kontekstual literatur pengantarabangsaan institusi pengajian tinggi yang sebelum ini dikatakan cenderung memfokuskan kepada pulangan tinggi pelaburan kerajaan dalam pendidikan negara, kepada peralihan perspektif terhadap dinamisme pendidikan tinggi menerusi pembangunan modal insan. Hasil kajian ini menjadi maklumat berguna bagi IPT dalam melaksanakan dasar atau polisi perancangan strategik alternatif masa hadapan, seterusnya menentukan senario pendidikan tinggi Malaysia pada masa hadapan

Item Type: Article
Additional Information: Dinamisme Pendidikan Tinggi, Pembinaan Modal Insan, Pelajar Antarabangsa, Akademik Ekspatriat, Pengalaman Antarabangsa
Subjects: L Education > L Education (General)
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: OTHMAN HJ RAWI -
Date Deposited: 19 Mar 2019 10:09
Last Modified: 20 Dec 2020 12:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/21651

Actions (login required)

View Item View Item