Kelangsungan dominasi Barisan Nasional di Sabah dalam pilihan raya umum ke-13 the (continuing dominance of Barisan Nasional in Sabah in the 13th general elections)

Asmady Idris and Suzalie Mohamad (2014) Kelangsungan dominasi Barisan Nasional di Sabah dalam pilihan raya umum ke-13 the (continuing dominance of Barisan Nasional in Sabah in the 13th general elections). Kajian Malaysia, 32 (2). pp. 171-206.

[img]
Preview
Text
KELANGSUNGAN DOMINASI BARISAN NASIONAL DI SABAH DALAM PILIHAN RAYA UMUM KE.pdf

Download (39kB) | Preview

Abstract

Artikel ini cuba membincangkan perkembangan politik Sabah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dengan memfokus kepada kelangsungan dominasi hegemoni Barisan Nasional (BN) dan penambahan kerusi oleh pihak pembangkang di Sabah. Dengan menggunakan tema pembangunan (sebagai strategi politik), BN berjaya mengekalkan penguasaan melebihi dua pertiga dalam kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen. Manakala, bagi pihak pembangkang, khasnya gabungan Pakatan Rakyat (PR), walaupun gagal membentuk kerajaan tetapi telah berhasil memenangi beberapa kerusi di kawasan majoriti penduduknya berbangsa Kadazandusun dan Murut (KDM) serta Cina. Kemenangan calon-calon pembangkang ini dikaitkan dengan penjajaan beberapa isu yang berkait rapat dengan autonomi Sabah dalam konteks federalisme, isu pendatang tanpa izin (PATI), tanah adat dan lain-lain lagi. Untuk menganalisis kelangsungan dominasi BN di Sabah, penulis menggunakan kerangka konseptual hegemoni-federalisme dari perspektif Gramsci. Justifikasi gabungan kerangka konseptual ini ialah mengambil kira kepelbagaian etnik di Sabah yang sebahagian besarnya "bersetuju" (consent) untuk menerima unsur dominasi kepimpinan oleh sesebuah parti berasaskan permuafakatan politik terhadap keseluruhan masyarakat dan juga menyerahkan struktur kepimpinan mereka kepada satu sistem pemerintahan pusat yang dinamakan sebagai "Federalisme."

Item Type: Article
Keyword: 13th General Election, hegemony-federalism, politics of development, Barisan Nasional, Pakatan Rakyat
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
J Political Science > JQ Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.)
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 12 Apr 2019 07:55
Last Modified: 18 Jan 2021 17:24
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/21773

Actions (login required)

View Item View Item