Pengaruh modal psikologi ke atas pencapaian pelajar institusi pengajian tinggi awam

Beddu Salam Baco and Mohd Nazri Ismail (2018) Pengaruh modal psikologi ke atas pencapaian pelajar institusi pengajian tinggi awam. Jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial (JPsiKS), 2. pp. 9-15. ISSN 2600-7819

[img]
Preview
Text
Pengaruh Modal Psikologi Ke Atas Pencapaian Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam.pdf

Download (128kB) | Preview

Abstract

Modal psikologi terdiri daripada keyakinan diri, harapan, optimis dan ketahanan didapati mempunyai pengaruh ke atas pencapaian seseorang. Modal psikologi adalah konstruk tahap tinggi yang diaplikasikan dalam konteks pekerjaan diandaikan mempengaruhi prestasi di tempat kerja. Kajian ini memanjangkan konsep modal psikologi dalam latar akademik. Tujuan kajian ini adalah menyediakan bukti empirik pengaruh modal psikologi ke atas pencapaian pelajar prasiswazah institusi pengajian tinggi awam. Kajian dijalankan ke atas individu sebagai unit analisis. Seramai 400 orang pelajar prasiswazah institusi pengajian tinggi awam di Sabah, Malaysia telah terlibat dalam kajian ini. Psychological Capital Questionnaire (PCQ) telah digunakan untuk mengumpul data. Analisis regresi digunakan untuk menguji pengaruh antara pembolehubah. Keputusan kajian menunjukkan modal psikologi mempunyai pengaruh positif ke atas prestasi umum tetapi tidak ada pengaruh ke atas pencapaian akademik.

Item Type: Article
Keyword: Modal psikologi, pencapaian akademik, prestasi umum
Subjects: L Education > L Education (General)
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: Puan Dg Masniah Ahmad
Date Deposited: 08 May 2019 14:30
Last Modified: 08 May 2019 14:30
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/21997

Actions (login required)

View Item View Item